suria

Konsisten buat aktiviti infaq, Syaiful Zero jawab dakwaan ‘songlap’ duit derma

Syaiful menjawab persoalan mengenai tabung sedekah.

PELAWAK Syaiful Zero tampil menjawab dakwaan yang tular di media sosial mendakwa dia mengutip tabung sedekah bagi tujuan peribadi.

Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif, 37, berkata segala sumbangan yang diterima digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kebajikan dan boleh dilihat secara terbuka menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya.

Menurut Syaiful, aktiviti infaq tersebut dilakukan secara konsisten sebagai usaha membantu golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Perkongsian di Threads yang menarik perhatian ramai.

“Senang-senang tengok video di TikTok saya. Setiap Isnin hingga Khamis buat infaq kuih, nasi lemak 50 bungkus. 

“Infaq Jumaat nasi lemak akan diagihkan ke masjid dan surau. Selebihnya duit itu diagihkan kepada anak-anak yatim,” katanya. 

Syaiful berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap dakwaan seorang pengguna di aplikasi Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful (Zero) terkilan dua kali tak dapat sambut kelahiran anak

ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero juara minggu kelima FD3, dapat ‘perfect 10’ daripada juri

Dalam pada itu, Syaiful turut memaklumkan bahawa bukti pengagihan sumbangan tersebut dikongsikan secara berkala di media sosial bagi memastikan ketelusan.

“Banyak lagi video-video setiap Jumaat infaq nasi lemak di TikTok,” ujarnya. 

Sebelum ini, seorang pengguna aplikasi Threads mencetuskan perhatian apabila memuat naik satu hantaran yang mempertikaikan tindakan Syaiful yang didakwa mengutip sumbangan menerusi siaran langsung di TikTok. 

Individu berkenaan turut mempersoalkan status pekerjaan pelawak tersebut serta tujuan sebenar kutipan derma yang dilakukan hampir setiap hari.

Syaiful melakukan infaq bagi membantu golongan memerlukan.

"Boleh tak sesiapa tolong periksa lelaki ini katanya pelawak (Syaiful). Sekarang kerja apa?

"Hampir setiap pagi buat siaran langsung di TikTok minta derma untuk disedekahkan kepada penduduk-penduduk di sini. 

"Dia akan bagi kuih dan makanan percuma kepada mereka tetapi masuk akaun sendiri. Entahlah sekarang banyak di TikTok konsep sedekah untuk melariskan jualan masing-masing," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain