BUAT pertama kalinya, kumpulan Insomniacks berkolabrosi bersama penyanyi Yonnyboii menerusi single terbaharu mereka berjudul Bersuara.Bukan seperti kebiasaan, Bersuara mengetengahkan sudut bunyi yang lebih berat dan agresif selain mesej berani dalam menyuarakan perasaan serta mempertahankan harga diri. Menurut vokalis Insomaniacks iaitu Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, dia mendapat idea untuk menghasilkan lagu ini berdasarkan pengalaman peribadi di mana pandangan dan suaranya seakan-akan diketepikan.Gabungan Yonnyboii dan Insomniacks agresif."Lagu ini tentang diri sendiri, terutama apabila berdepan dengan penindasan atau buli. Ia tentang tahu nilai diri dan berani bersuara,” katanya.Jelasnya, Bersuara juga menampilkan sisi lebih 'heavy’ dan gritty, berbeza daripada identiti balada yang sering dikaitkan dengan Insomniacks sebelum ini.Malah penglibatan Yonnyboii juga memainkan peranan penting kerana menjadi nadi utama bagi keseluruhan lagu mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar popularitiARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama... Air mata Insomniacks tumpah di konsert sulung"Walaupun masih mengekalkan elemen emosi yang kuat, lagu ini membuka ruang kepada eksplorasi bunyi yang lebih tegas dan lantang, menandakan perkembangan semula jadi dalam perjalanan muzik kami.“Yonny ialah jiwa kepada lagu ini. Dia menulis hook dan membawa satu energi yang berbeza dan berani. Dia tambah ‘grittiness’ yang menjadikan ‘Bersuara’ lebih hidup,” kongsinya.Sementara itu, Yonnyboii memberitahu Bersuara juga merupakan luahan peribadi yang sangat dekat dengan dirinya.“Lagu ni terhasil bila saya rasa saya tak didengari oleh sekelompok orang. Jadi saya buat lagu ini sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang apa-apa kesusahan yang saya lalui.Yonnyboii serlahkan vokal berteraskan rock.“Ia juga seakan meluahkan apa yang kita pendam. Kalau simpan, sakit dia lagi dalam. Jadi bersuara je,” kata,” luahnya.Tidak hanya itu, dia juga memperlihatkan sisi vokal yang lebih berteraskan rock dan alternatif, berbeza daripada gaya rap yang sinonim dengan namanya.Malah dia juga menyifatkan proses kolaborasi bersama Insomniacks ini satu pengalaman yang menyeronokkan dan bebas tekanan."Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap. Jadi bila masuk ke genre rock ni, saya rasa lebih selesa. Untuk saya, ini ‘fresh start’ untuk kongsi sisi lain diri saya dengan pendengar.“Kerja dengan mereka sangat fun. Tak stress langsung. Saya harap dapat bekerjasama lagi dengan mereka pada masa akan datang,” tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube