suria

“Yes, I'm married”... Hana Adnan kini bergelar isteri

Hana (kanan) kini sah bergelar isteri kepada Rudie.

BEKAS anggota kumpulan Elite, Hana Adnan kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Rudie. 

Perkara tersebut didedahkan oleh pelakon Azah Aziz menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik, Azah dilihat menghadiri majlis resepsi perkahwinan Hana dan sempat merakam detik penyanyi itu mengesahkan status perkahwinannya.

Azah mendedahkan perkahwinan Hana di Instastory miliknya.

“Ya, saya sudah berkahwin,” kata Hana ringkas. 

Dalam perkongsian yang sama, Azah turut berseloroh dengan menjangkakan Hana bakal menjadi tular dipercayai merujuk kepada berita perkahwinan penyanyi itu yang mula mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana (Elite) nekad enggan jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada maaf! Kerana Watie saya tak jumpa anak”

"Esok kau (Hana) viral," ujarnya. 

Sebelum itu, Azah seolah-olah memberi bayangan mengenai majlis perkahwinan tersebut namun masih merahsiakan identiti pasangan yang diraikan.

"Kita nak pergi majlis perkahwinan. Nak tanya siapa kahwin nanti kita beritahu. Rahsia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain