PELAKON Dayang Areeda menepis dakwaan mengatakan perniagaan kafenya sebelum ini gagal sehingga memaksanya menutup operasi dan berpindah ke lokasi baharu.Menurut Dayang atau nama sebenarnya Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, kafe yang terletak berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditutup bukan kerana kerugian, sebaliknya berpunca daripada masalah parkir yang menyukarkan pelanggan. “Kafe itu kecil sahaja berbanding yang sekarang. Kawasan itu memang susah untuk parkir, jadi saya ambil keputusan untuk tutup,” katanya.Dayang bagaimanapun menjelaskan perniagaan tersebut masih mampu bertahan hampir dua tahun walaupun beroperasi di lokasi yang kurang strategik. Kafe baru Dayang dan Hazeeq lebih mudah dicari.“Saya jual sahaja kafe itu dan buka yang baru. Walaupun kawasan dia agak mencabar juga, tetapi kami masih boleh bertahan lama,” ujarnya.Tambah pelakon ini dia tidak mengalami sebarang kerugian kerana keseluruhan perniagaan berkenaan telah dijual kepada pemilik baharu.“Saya tak rugi apa-apa. Saya jual semua kepada orang lain dan mereka teruskan perniagaan seperti biasa,” jelasnya.Berkongsi mengenai kafe iaitu Cookies Cafe & Florist, Dayang berkata dia kini lebih yakin selepas memilih premis yang lebih besar meskipun berdepan cabaran tersendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Dayang Areeda jawab dakwaan foto bercium... “Benda dah berlaku, jadi biarlah”ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh dua pelakon popular kantoi, gambar ‘bercomolot’ jadi tontonan umum di pusat beli belah Kuala Lumpur“Saya tak rugi apa-apa. Saya jual semua kepada orang lain dan mereka teruskan perniagaan seperti biasa,” jelasnya.Berkongsi mengenai kafe iaitu Cookies Cafe & Florist, Dayang berkata dia kini lebih yakin selepas memilih premis yang lebih besar meskipun berdepan cabaran tersendiri.Malah kafe yang dibuka bersama kekasih hati iaitu Hazeeq Dean itu menggunakan konsep berlainan dengan menyediakann tempahan bunga yang digubah sendiri oleh aktor berkenaan.“Saya tak rasa perkara sama akan berlaku lagi, sebab itu kali ini saya pilih lokasi baharu dan kedai yang lebih besar,” katanya.Dayang dan Hazeeq merupakan rakan pernigaan di Cookies Cafe & Florist.Malah kafe yang dibuka bersama kekasih hati iaitu Hazeeq Dean itu menggunakan konsep berlainan dengan menyediakann tempahan bunga yang digubah sendiri oleh aktor berkenaan.“Saya tak rasa perkara sama akan berlaku lagi, sebab itu kali ini saya pilih lokasi baharu dan kedai yang lebih besar,” katanya.Dalam pada itu, Dayang turut mendedahkan dia terlibat secara langsung di dapur bagi memastikan kualiti makanan sentiasa terjaga.Tambahnya lagi, semua resipi telah disediakan dengan rapi dan pekerja hanya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi mengekalkan kualiti hidangan.“Kebanyakan makanan memang saya yang masak. Kalau tiada penggambaran, saya berada di dapur. Kalau ada, barulah saya serahkan kepada pekerja,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube