suria

Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di ICU

Along sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

PELAKON Zalif Sidek memaklumkan aktor Along Eyzendy kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor. 

Menurut Zalif, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan buat sementara waktu sejak petang Khamis di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Assalamualaikum semua, mohon jasa baik untuk sama-sama mendoakan kesihatan sahabat kita, Along Eyzendy.

Along terpaksa ditidurkan buat sementara waktu sejak petang Khamis.

“Baru dapat info terkini daripada isterinya, Along kini sedang ditidurkan buat sementara waktu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Zalif berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis selain memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan buat Along.

Difahamkan Along mula dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin pulih selepas pemindahan buah pinggang, Along Eyzendy akur terpaksa letak batasan dalam lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus disangka ambil ‘barang’, Along Eyzendy kena makan ubat seumur hidup selepas jalani pembedahan

Hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu Along.

Dalam masa sama, Zalif turut berharap agar isteri Along, Hamidah Mohd Yatim atau mesra disapa Amy, terus kuat menghadapi dugaan yang sedang melanda keluarganya ketika ini.

“Semoga Along diberikan kekuatan untuk kembali sedar dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

“Amy, jangan putus berdoa dan terus kuat. Kami semua bersama kalian,” ujarnya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa serta kata-kata semangat buat Along dan keluarganya, selain berharap aktor tersebut segera diberikan kesembuhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain