suria

Pindah ke kondominium, Rebecca Nur Al-Islam jual perabot rumah banglo

Rebecca bakal pindah ke kondominium selepas ini.

PELAKON Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan dirinya kini sedang dalam proses berpindah dari rumah banglo ke sebuah kondominium.

Menyedari kebanyakan perabot di tidak dapat dibawa ke kediaman baharu, Rebecca, 40, nekad mengambil keputusan untuk menjual barangan dan perabot miliknya pada harga yang murah.

Hantaran Rebecca di Threads miliknya.

"Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli barangan dan perabot dari rumah banglo saya, boleh DM (mesej peribadi) saya.

"Saya akan berpindah ke kondominium, jadi terdapat banyak barangan yang tidak dapat dibawa kerana ruang dan lif kondominium yang terhad," katanya

Rebecca berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Banglo mewah milik Rebecca Nur Islam berjaya dilelong RM2.92 juta, dua tahun didakwa gagal bayar pinjaman rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al-Islam bergraduasi walau sarat dengan dugaan - “Sekelip mata Allah tarik segalanya dalam hidup”

Tambah pelakon itu, antara barangan yang ingin dijual termasuk sofa, meja makan, kabinet televisyen serta beberapa perabot dan kelengkapan rumah lain yang masih dalam keadaan baik.

Bagi memudahkan urusan, Rebecca turut memuat naik beberapa keping gambar barangan yang ingin dijual untuk rujukan mereka yang berminat.

Difahamkan, semua perabot berkenaan habis terjual dalam masa 1 jam 40 minit semasa Rebeeca melakukan siaran langsung di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain