suria

Rebecca Nur Al-Islam bergraduasi walau sarat dengan dugaan - “Sekelip mata Allah tarik segalanya dalam hidup”

Rebecca harap kejayaan dapat beri inspirasi kepada anak-anak.

PELAKON Rebecca Nur Al-Islam tidak percaya apabila dia berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah selepas lima tahun berjuang dengan pelbagai tanggungjawab.

Rebecca, 39, berkata terlalu banyak pengorbanan yang dilalui sepanjang bergelar pelajar. 

"Sesungguhnya perjalanan pembelajaran selama hampir lima tahun belajar bukanlah mudah kerana dalam masa yang sama sayalah ibu kepada tujuh anak saya yang masih kecil lagi.

Rebecca sebak berjaya lalui segala ujian.

"Sayalah anak perempuan kepada ibu saya, sayalah isteri (pada ketika itu) dan dalam masa sama saya juga bekerja dengan mencari rezeki yang halal untuk anak-anak saya," katanya.

Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan dia meraikan hari bermakna itu bersama tiga anaknya.

Dalam foto yang dikongsikan itu, Rebecca menyarungkan jubah konvo bersama scrol sebagai tanda kenang-kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Banglo mewah milik Rebecca Nur Islam berjaya dilelong RM2.92 juta, dua tahun didakwa gagal bayar pinjaman rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam tamat tempoh idah, mohon doa perjalanan ke Tanah Suci

Mengimbau kembali perjalanan lalu, Rebecca berkata dia reda dengan pengalaman tersebut selain menyedari setiap perkara yang berlaku adalah sekadar pinjaman.

Tambahnya, pengalaman tersebut juga membuatkan dia bertambah kuat selain anak-anak menjadi tempat dia mendapatkan ketenangan diri. 

"Dengan sekelip mata Allah SWT tarik segalanya dalam hidup saya. Saya sedar dunia hanya sementara.

Rebecca rai hari bermakna bersama anak-anak.

" Saya sedar saya hanya di sini sebagai pinjaman dari Allah. Saya reda apa sahaja yang terjadi dalam hidup saya, saya bersyukur kerana percaya Allah sayang saya," luahnya.

Dalam pada sama, dia juga menitip pesanan buat anak-anaknya agar sentiasa berwaspada dengan dugaan hidup memandangkan terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui tanpa diduga.

"Ingat hidup tidak selalunya indah, sayang. Kita pasti akan diuji. Pegang teguh pada agama dan Al-Quran. 

"Pandangan orang lain itu tidak penting, ita senyum dan ucaplah Alhamdulillah," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain