suria

[V] Tinggalkan bekas suami tepi ‘highway’, Adira pastikan dulu tempat selamat… “Cukup kami berdua sahaja tahu punca”

KECOH di media sosial sebelum ini apabila penyanyi Adira Suhaimi didakwa meninggalkan bekas suaminya di sebuah lebuh raya dipercayai selepas berlakunya perbalahan antara mereka.

Tidak menafikan perkara tersebut, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, berkata dia tidak meninggalkan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu terkontang-kanting sendirian namun meletakkan di tempat yang selamat.

Pun begitu, Adira lebih selesa menyimpan sendiri punca dia bertindak sedemikian terhadap bekas suaminya itu.

Adira tidak mahu keruhkan keadaan lagi.

"Saya memang mengaku ada tinggalkan tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak di mana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain.

"Adalah sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh nak kongsi, apa bekas suami saya keluarkan itu cerita daripada pihak dia. 

"Apa yang boleh saya katakan tentu ada sebab kalau terjadi sesuatu dan tidak perlu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia saja yang tahu. Dia pun tak cerita punca kan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira hadir ke pengebumian ibu Hafiz Suip... "Saya selalu doa agar dia comeback stronger"

ARTIKEL BERKAITAN: Adira ada hantar mesej kepada Bella Astillah selepas kejadian... Senyum-senyum tengok video mesra BASS

Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharunya bersama Fiq7 berjudul Cermin Memori di Petaling Jaya.

Menurut Adira, dia lebih selesa mendiamkan diri berbanding membalas semula kenyataan yang dibuat bekas suami kerana enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.

Tambahnya lagi, dia juga enggan pendedahan yang dibuat itu akan mengecewakan hati ramai pihak termasuk anak-anak tirinya.

Saya bimbang apa yang terkeluar itu akan mengeruhkan keadaan.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

"Saya pun tak nak keruhkan keadaan, saya nak jalani kehidupan dengan bekas suami secara tenang. Sebab saya percaya perkara seperti itu boleh terlepas kerana dia dalam keadaan yang tak guna akal tapi emosi dulu.

"Kalau saya nak balas kenyataan dia saya bimbang apa yang terkeluar itu akan mengeruhkan keadaan. Kenapa saya pilih senyap dan tak layan perkara itu kerana banyak hati saya nak jaga contohnya anak saya dan anak-anak tiri.

"Yang mana hubungan kami erat dan saling ambil tahu, di mana saya selalu ambil tahu tentang anak-anak saya semua. Saya lebih menjaga yang itu," ujarnya.

Adira tak mahu cetuskan rasa kekok sekiranya buat pendedahan.

Jelas Adira, dia tidak mahu menimbulkan rasa kekok di antara mereka selama ini kerana masih perlu berurusan mengenai anak-anak.

Malah dia juga menyerahkan kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi untuk berurusan dengan bekas suaminya itu.

"Kami pun sudah bawa haluan masing-masing, saya tahu kalau balas balik pusing-pusing akan tengok juga. Besok dia akan datang rumah tengok anak. Saya tak nak jadi kekok, saya boleh hadap dengan buat tak tahu saja.

Adira dan Datuk Red mempunyai empat anak bersama.

"Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia, kami depan-depan okay saja. Tapi bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya urus," luahnya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain