suria

Mickey Ayo kongsi detik perkenalan dengan Nora Danish, tidak saling ‘follow’ sebelum rapat

Mickey dan Nora mula berkenalan bukan di media sosial.

LELAKI yang kini dikatakan sedang rapat dengan aktres Nora Danish akhirnya terbuka berkongsi detik perkenalan mereka berdua. 

Mickey Ayo yang merupakan seorang perunding kewangan menegaskan detik pertemuan pertemuan mereka bukanlah menerusi media sosial seperti sangkaan sesetengah pihak. 

Malah dia juga menjelaskan tidak wujud situasi disekat oleh Nora selepas memberi satu mesej di medium berkenaan. 

Mickey ketika membuat 'live' berkongsi detik perkenalannya bersama Nora.

"Bukan melalui Instagram. Kami tak pernah pun saling follow di media sosial. Saya hanya gurau bila kata saya block Nora. 

"Sebenarnya tiada sesiapa yang block sesiapa, ia hanya gurauan saja," katanya.

Mickey berkongsi perkara itu ketika membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Bercerita lanjut, dua kepada dua anak ini, mengatakan perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja menerusi seorang kawan yang mengajak kedua-duanya keluar makan bersama. 

Mickey dalam masa sama enggan terlalu berbuka untuk bercakap kisah hubungan mereka kepada umum. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup seorang ini penat, kalau ada teman lebih indah” - Nora Danish

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya Mickey Ayo dapat video ulang tahun daripada Nora Danish, kongsi momen romantis berdua

"Perkenalan kami bermula melalui seorang kawan. Kami keluar makan dengan beberapa orang kawan, dan dari situlah kami mula kenal antara satu sama lain. 

"Apa-apa pun, saya doakan yang baik-baik.

"Nora bukan jenis yang mudah merajuk. Dia ada hati yang keras, 'heart of steel'," ujarnya.

Sebelum ini, nama Nora kembali menjadi perhatian ramai selepas dia memuat naik foto seorang lelaki berpakaian kopiah putih, yang mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status hubungan mereka. 

Nora bukan jenis yang mudah merajuk. Dia ada hati yang keras, 'heart of steel'.

MICKEY AYO

PERUNDING KEWANGAN

Selain itu, tular juga sebuah kad jemputan dengan huruf M dan N serta tarikh 8 September 2025, yang menguatkan lagi desas-desus mereka mungkin akan berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Nora tampil menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan tiada perancangan seperti yang disangka oleh ramai pihak.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada 19 Jun 2024. 

Mickey dan Nora pernah didakwa bakal mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia 7 tahun. 

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 2006 dan bercerai pada 2008. 

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia 17 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain