suria

“Hidup seorang ini penat, kalau ada teman lebih indah” - Nora Danish

Nora tidak pernah menutup pintu hatinya.

PELAKON Nora Danish tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali seseorang selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga apabila tiba waktunya.

“Saya memang tak pernah menyesal soal cinta. Setiap hubungan yang datang, baik atau buruk, adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.  Saya belajar sesuatu daripada setiap kisah itu. 

Spekulasi hubungan antara Nora dan Mickey hangat diperkatakan.

"Kalau gagal sekali atau dua kali, tak bermakna hidup saya berakhir atau hilang kepercayaan terhadap lelaki. Saya percaya, Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik, sambil menjadikan saya juga insan yang lebih baik.

"Sudah tentu saya masih mahu berkahwin. Saya nak ada pasangan yang sama-sama menuju ke syurga. Hidup seorang diri pun penat juga. Kalau ada teman memahami, tentu lebih indah. Tapi saya serahkan segalanya pada Allah,”katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Amber Oasis 2.0- MIRAGE: A Secret by The Desert di Amber Flagship, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar hadiah kasut dan jam… Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo jadi tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya Mickey Ayo dapat video ulang tahun daripada Nora Danish, kongsi momen romantis berdua

Ditanya mengenai hubungan bersama lelaki yang dikatakan kekasih baharunya, Mickey Ayo, Nora mengaku jejaka itu merupakan individu yang sedang rapat dengannya ketika ini.

Malah, Nora menyifatkan Mickey sebagai seorang yang menghiburkan dan sering membuat dirinya tertawa walaupun memiliki perbezaan usia.

“Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik. Saya berjiwa muda, jadi saya tak rasa perbezaan umur itu masalah besar. 

Nora sedia kembali berumah tangga jika sudah tiba masa sesuai.

“Mickey pula matang dan tahu cara menenangkan saya. Kami saling melengkapi.

"Dia jenis yang fun, banyak buat saya ketawa. Dalam masa sama, dia juga bantu beri idea dalam bisnes. 

"Tapi saya tak nak cakap lebih-lebih, sebab kita tak tahu ke mana arah hubungan ini. Buat masa ini kami fokus pada kerja masing-masing," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain