suria

Datuk Red tertekan dituduh asyik minta simpati, luah rasa penat cari rezeki… “Saya minta kerja, tiada orang nak bagi”

Adnan geram ramai menyifatkan dia cuba meraih simpati.

BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi,  Datuk Seri Adnan Abu berkongsi keadaan hidupnya yang kini serba kekurangan hingga terpaksa berjalan kaki selama lima jam dan menjual motosikal demi menampung keperluan harian.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, apa yang dilakukannya itu bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya mencerminkan tekanan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Adnan turut mempersoalkan sikap segelintir netizen yang menuduhnya sengaja berdrama atau berlakon untuk menarik perhatian di media sosial.

Adnan kecewa ramai sifatkan dia seorang yang selalu cuba meraih simpati.

“Saya bukan tiada duit, saya ada. Kalau datang sini saya tabur duit depan jalan ini. Netizen kata saya minta simpati, mari sini ambil duit dekat saya, ada RM2,000.

“Masuk live saya terus cakap saya minta simpati. Lima jam berjalan kaki pun dah melecet.

“Kalau cakap saya berlakon, ada nampak orang kat sini? Nak cakap cari pengikut, saya dah ada lebih 600,000 pengikut,” katanya.

Adnan meluahkan perkara itu ketika membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak bulan tak kelihatan” - Datuk Red tak jadi nikah Adira Aidilfitri ini, reda menduda sampai tua

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

Menurut Adnan, dia juga kecewa apabila usaha mencari kerja sering kali ditolak hingga menyebabkan fikirannya serabut ketika ini. 

“Korang tak tahu otak saya serabut. Saya minta kerja, tiada orang nak bagi. 

“Saya bukan minta simpati, tapi saya nak kerja,” ujarnya.

Adnan masih berusaha lunaskan semua hutang-hutangnya.

Untuk rekod, Adnan sebelum ini diisytiharkan muflis sejak 2019 dan mengakui tiada pekerjaan tetap selama hampir lima tahun.

Menurut laporan mStar, dia berdepan hutang dianggarkan lebih RM7 juta melibatkan lebih 100 orang pemiutang.

Usahawan itu juga pernah melantik peguam bagi menyusun semula pelan pembayaran hutang dan kini sedang berusaha menstabilkan semula kewangan hidupnya sedikit demi sedikit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain