PENGARAH Shuhaimi Lua tampil menjelaskan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja membuat gimik berlaku gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem Manrobbuka di Batu Gajah, Perak.
Kata Shuhaimi, 50, insiden kru produksi dan beberapa pelakon mengalami gangguan adalah perkara benar dan ia terjadi di depan matanya sendiri.
“Orang kata saya sengaja buat gimik sebab tengah menghasilkan filem seram… tapi itu semua tak betul.

Shuhaimi Lua dituduh sengaja cipta gimik promosi filem Manrobbuka.
“Kejadian itu berlaku depan mata dan ia memang real. Bukan lakonan, bukan content,” katanya kepada mStar.
Dalam kejadian yang berlaku pada awal November itu, pelakon Wanie Ooi, Nor Albaniah dan Raja Azmi antara yang terkena gangguan secara tiba-tiba ketika mereka sedang merakamkan babak seram filem berkenaan.
Bercakap lanjut, Shuhami juga tidak menolak kejadian seperti berpunca disebabkan lokasi rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak sekian lama.
ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid ramai peminat, Shuhaimi Lua harap penonton tak bandingkan filem arahannya dengan karya arwah
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba tipu Shuhaimi Lua, tengok monitor boleh tahu artis terjebak cinta lokasi
“Rumah itu memang lama ditinggalkan. Jadi mungkin sebab itu ada yang ‘kena kacau’.
“Saya dah biasa arah filem seram, tapi tak pernah kena gangguan seteruk ini,” jelasnya.
Bagi melancarkan perjalanan kerja di sana, Shuhaimi telah mendapatkan bantuan seorang ustaz dan pakar rawatan alternatif.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


