suria

Jangan cuba tipu Shuhaimi Lua, tengok monitor boleh tahu artis terjebak cinta lokasi

Shuhaimi dapat menghidu sekiranya pelakon terjebak dengan cinta lokasi.

PENGALAMAN 22 tahun sebagai pengarah sudah cukup membuatkan Shuhaimi Lua mudah menghidu jika ada di antara artis dibawah arahannya terjebak dalam cinta lokasi.

Shuhaimi atau Shuhaimi Lua Abdullah, 49, berkata, biasanya dia boleh menghidu jika ada sebarang 'kecurangan' yang berlaku dengan hanya melihat pada monitor ketika mereka sedang berlakon.

Tegas Shuhaimi, dia juga tidak bersetuju dengan kewujudan cinta lokasi di antara pelakon kerana set penggambaran adalah tempat mencari rezeki dan bukannya pasangan.

Shuhaimi menasihati pelakon untuk memberi fokus terhadap lakonan mereka.

Shuhaimi menasihati pelakon untuk memberi fokus terhadap lakonan mereka.

"Sebenarnya kalau berlaku cinta lokasi, pihak produksi dapat hidu kerana apabila kita melihat di monitor, biasanya orang yang bercinta ini memang boleh dilihat dengan jelas.

"Macam mana mereka boleh suka antara satu sama lain, semuanya kita dapat hidu.

"Sejujurnya saya tidak begitu gemar kalau ada unsur percintaan di set penggambaran sebab ia tempat kita cari makan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia relaks, happy saja"... Shuhaimi Lua puji sikap profesional Kazar, kontroversi tak ganggu kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah harap sambutan drama 'Terjerat' tidak terjejas, tak sangka kontroversi sebab Aliff Aziz dan Ruhainies nampak profesional

Dalam pada itu, Shuhaimi memberitahu dia tidak pernah berdepan situasi pelakon drama arahannya terlibat dalam cinta lokasi.

Malah sentiasa menasihati mereka agar profesional dalam kerja dan tidak terjebak dalam perkara boleh menghancurkan karier mereka.

"Setakat ini, artis-artis yang berlakon dibawah arahan saya tidak pernah terlibat dengan cinta lokasi.

"Sudah lama masyarakat mencemuh anak seni, saya rasa sudah sampai masanya kita pamer sikap profesional.

"Saya nasihatkan kepada pelakon baru, jadikanlah lapangan ini sebagai tempat kita cari makan dan mencari rezeki yang halal.

"Bekerja dengan baik, elakkan perkara maksiat daripada berlaku. Jangan tabur pasir ke dalam periuk nasi kita sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain