Orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi hal peribadi di media sosial. -Gambar hiasan AI
TIDAK semua perkara dalam hidup perlu dikongsi secara terbuka terutama apabila melibatkan impian, perancangan masa depan dan kejayaan yang ingin dicapai.Itulah pengajaran yang diperoleh seorang wanita selepas impiannya untuk bekerja di Singapura tidak kesampaian, meskipun sudah menghadiri temu duga dan berjaya mendapatkan tawaran pekerjaan. Menerusi luahan dibuat di media sosial, wanita itu berkata, dia sebelum ini gemar berkongsi segala perkara, termasuk perancangan masa depannya dengan kepada orang sekeliling.Ramai mencari peluang pekerjaan lebih baik demi meningkatkan pendapatan dan membina kerjaya yang lebih stabil. -Gambar hiasan AI"Evil eye is real. Saya dulu suka berkongsi segala-galanya secara berlebihan, terutamanya perancangan masa depan. Dulu, saya merancang untuk bekerja di Singapura."Saya sudah menghadiri temu duga dan malah berjaya mendapatkan jawatan tersebut, namun secara tiba-tiba tawaran itu ditarik."Saya terus mencari peluang pekerjaan di sana, tetapi akhirnya menganggur selama hampir setahun," tulisnya di Threads.Pengalaman pahit itu akhirnya membuka matanya bahawa tidak semua perkara wajar disampaikan kepada orang lain.Ada perancangan yang jauh lebih selamat jika disimpan rapat sebagai privasi peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang suara buat ‘live’, setahun derita masalah telinga dan tekak... Menyesal tayang hasil affiliate, rupanya terkena penyakit ainARTIKEL BERKAITAN: Mak andam beri amaran, bahaya menanti jika bakal pengantin kongsi gambar busana nikah di media sosial - “Penyakit ain itu wujud”Malah menurutnya, selepas jarak hubungan dengan rakan-rakan lama mula merenggang, dia semakin memahami kepentingan menjaga rahsia kehidupan sendiri."Alhamdulillah, Allah berkati hidup saya apabila diberikan peluang lebih baik bekerja di Malaysia. Kali ini, saya memilih untuk menyimpan pencapaian diri secara peribadi."Saya hanya berkongsi dengan suami serta ahli keluarga terdekat. Saya tidak lagi takut untuk memasang impian yang besar."Saya cuma sedang belajar untuk bergerak dalam diam, berdoa secara peribadi dan membiarkan Allah menunjukkan apa yang ditakdirkan untuk saya pada waktu yang tepat," katanya lagi.Wanita serik berkongsi perancangan hidup selepas impian bekerja di Singapura tidak kesampaian.Sudah dapat tawaran kerja, wanita akhirnya menganggur hampir setahun.Pilih bergerak dalam diam dan hanya berkongsi pencapaian dengan keluarga terdekat.Percaya evil eye itu nyata, wanita akui tidak semua perkara perlu diumumkan.Netizen turut mengingatkan supaya lebih berhati-hati berkongsi kebahagiaan dengan orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut menyentuh mengenai penyakit ain apabila wanita berkenaan berkongsi beberapa surah yang boleh diamalkan pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur sebagai ikhtiar memohon perlindungan daripada Allah.Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersetuju bahawa tidak semua perkara dalam kehidupan perlu dikongsi dengan orang lain, termasuk kenalan rapat."Tak apa, kita semua belajar daripada kesilapan. Tapi kalau kita tak belajar, kita tak tahu perangai manusia sebenar macam mana."Kawan rapat pun boleh iri hati dengan kita, jadi mulai sekarang kita simpan sendiri je kegembiraan diri mulai sekarang. Hadkan apa yang kita nak kongsi," komen seorang netizen.