PELAKON Syafiq Kyle reda dengan kehilangan ibu tercinta, Rohaya Sulaiman yang meninggal dunia pada 17 Oktober lalu akibat kanser paru-paru tahap empat.Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, berkata penyakit itu mula dikesan sekitar Disember 2025 selepas ibunya menjalani satu pembedahan di bahagian perut.Menurutnya, Allahyarham turut menjalani rawatan kemoterapi sejak mengetahui mengenai penyakit berkenaan, namun keadaan kesihatannya semakin merosot selepas beberapa sesi rawatan.Syafiq reda dengan pemergian ibunya.“Pada awalnya, doktor memaklumkan sakit itu mungkin berkaitan dengan hempedu. Kemudian, ibu menjalani pembedahan untuk membuang sesuatu di bahagian tersebut.“Selepas beberapa bulan, keadaan ibu semakin tidak bermaya. Apabila dimasukkan ke hospital, doktor mengesahkan ibu menghidap kanser tahap empat.“Sepanjang tempoh Disember (2025) hingga Oktober, ibu menjalani kemoterapi. Tetapi selepas beberapa sesi rawatan, sekitar sesi keempat, keadaan ibu semakin lemah dan tidak lagi bertenaga seperti sebelumnya.“Ibu meninggal dunia ketika melalui tempoh rawatan tersebut. Bagaimanapun, alhamdulillah, semua ahli keluarga berada bersama ibu ketika itu,” katanya ketika ditemui pada sesi temubual bersama pelakon filem Baga: Esok Untuk Siapa di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syafiq Kyle meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: “Dia paling bertuah” - Mimi Lana kongsi kemanisan bergelar isteri, Syafiq Kyle banyak berubah selepas nikahSyafiq yang masih lagi berduka mengakui dirinya bakal mengambil sedikit masa untuk berehat daripada kesibukan kerja memandangkan jadualnya ketika ini agak padat bagi mencari ketenangan.Malah dia percaya pemergian ibunya membawa hikmah tersendiri buat dirinya sebagai seorang anak.“Keberkatan seorang ibu dalam keluarga sangat besar. Sebagai ibu, sudah tentu dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.“Apa sahaja yang dia doakan untuk anak-anak, insya-Allah akan dimakbulkan, sama ada cepat atau lambat.“Mungkin sekarang kami sudah kehilangan ibu, tetapi apa yang saya pegang dan pelajari ialah doa seorang anak untuk ibunya juga sangat besar nilainya. Jadi, sekarang giliran saya pula untuk terus mendoakan ibu,” jelasnya. Kalau nak ingat semula, saya kena termenung dulu dan fikir satu demi satu.SYAFIQ KYLEPELAKONBerkongsi momen terakhir bersama, Syafiq berkata dia sempat membaca mesej terakhir yang diterima daripada Allahyarham ibunya kira-kira sehari sebelum wanita itu meninggal dunia.Katanya ketika itu dia sedang menjalani penggambaran di Terengganu.“Mesej terakhir yang dia hantar kepada saya berbunyi, ‘Assalamualaikum Angah. Sihat ke? Ibu dekat sini okey je.’“Itulah mesej WhatsApp terakhir ibu kepada saya. Saya memang selalu berhubung dengan ibu, termasuk menelefonnya. Tetapi pada hari itu, ibu menghantar mesej kepada saya.“Bila saya tengok semula, saya rasa seolah-olah ibu mahu memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik,” luahnya.Syafiq bersama Mimi akan kenang momen bersama arwah ibu.Dalam masa sama, Syafiq mengakui banyak kenangan bersama yang akan dirindui, sejak zaman persekolahan sehinggalah dia melangkah ke alam pekerjaan namun dia yakin dengan kehadiran insan lain akan memecahkan kesunyian selepas pemergian Allahyarham.“Daripada saya kecil bersekolah sampailah bekerja. Dalam tempoh 30 tahun itu, banyak momen bersama mak yang saya rindukan.“Kalau nak ingat semula, saya kena termenung dulu dan fikir satu demi satu. Mak saya seorang yang sangat ‘talkative’ (banyak bercakap).“Sunyi itu Allah gantikan dengan kehadiran orang yang ‘talkative’ di sekeliling saya,” ujarnya.Pada 17 Oktober lalu, adik Syafiq iaitu Syazwan Razak bersama aktres Mimi Lana menerusi hantaran di media sosial memaklumkan pemergian ibu tercinta. Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan secara terperinci.