KETIKA nama meningkat naik dalam dunia seni, penyanyi remaja, Farel Prayoga diuji dengan masalah perselisihan faham melibatkan keluarga. Mengakui pernah melalui fasa tertekan, Farel, 16, memberitahu dia kini lebih tenang dan matang menyelesaikan kemelut yang berlaku. “Ada masa memang rasa tertekan, tetapi semakin lama saya sudah boleh terima masalah yang berlaku. “Sekarang saya tidak bersendirian. Saya ada pihak pengurusan yang memberi sokongan. Saya cerita dan minta nasihat untuk selesaikan masalah. Saya lebih tenang,” katanya. Farel hadir ke ibu negara untuk promosi lagu baharu.Penyanyi asal Indonesia ini ditemui pada sesi promosi lagu baharunga berjudul Gadis Melayu di Kuala Lumpur. Lagu itu mula dilancarkan pada Julai lalu.Kesempatan bertemu, mStar sempat bertanya tentang isu penjualan aset miliknya yang dilakukan oleh ahli keluarga tanpa izin. ARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkan ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Farel Prayoga sentuh hati Umie Aida, sempat luang masa di Jakarta… Sudah anggap seperti keluarga“Ada masalah lagi melibatkan keluarga. Tanah milik saya dijual oleh keluarga tanpa pengetahuan. “Sekarang lebih realistik untuk selesaikan. Saya hanyalah seorang anak muda yang menuntut hasil usaha sendiri,” katanya. Sebelum ini media Indonesia melaporkan perkara berkenaan yang menyebabkan Farel mengalami kerugian sebanyak RM91,000 (Rp400 juta). Penyanyi berusia 16 tahun ini sudah lantik peguam berhubung isu keluarga.Farel memaklumkan pihaknya telah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan. Sementara itu ditanya tentang hubungan dengan ahli keluarga, Farel hanya memberitahu mereka tidak lagi bertemu. “Dah tiada komunikasi dengan keluarga. Ada usaha nak selesaikan masalah secara baik, tapi akhirnya masalah masih berlaku,” ujarnya. Farel juga enggan mengulas panjang isu melibatkan keluarga keraja bimbang boleh mengeruhkan keadaan.