suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadhir Nasar tak ambil hati digelar ‘muka masam’, siap dikata macam tak mandi

Nadhir tak peduli dikatakan berwajah masam.

PELAKON Nadhir Nasar tidak mengambil hati apabila ada segelintir netizen melabelkan dirinya berwajah masam, malah menyifatkan penampilannya seperti tidak mandi.

Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata setiap individu mempunyai perspektif dan cita rasa berbeza, justeru dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan negatif orang lain terhadap dirinya.

“Saya tak kisah, setiap orang ada perspektif masing-masing tentang perkara yang ingin mereka lakukan. Kalau seorang cakap ‘masam’, sembilan lagi suka, jadi kenapa nak fokus kepada seorang sahaja?

Nadhir tenang dengan komen netizen.

“Saya fokus kepada sembilan orang itu sahaja. Benda ini perspektif dan cita rasa.

“Kadang-kadang ada orang suka pergi zoo, tetapi ada yang suka pergi pusat membeli-belah. Kenapa kita perlu kisah kalau saya nak pergi zoo, tetapi orang lain pergi pusat membeli-belah?” katanya.

Pelakon drama Dendam Bayangan itu berkata, dia sudah bersedia menerima pelbagai reaksi orang ramai sejak memilih untuk bergelar anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru lima tahun berlakon, Nadhir Nasar terbuka dikritik... “Dalam 10 orang mungkin dua tak suka tapi lapan lagi menyokong"

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar jaga privasi, tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi... Lebih selesa ‘me time’ bersama keluarga

Jelasnya, sebagai pelakon yang mendapat perhatian umum, dia perlu menerima hakikat bahawa bukan semua perkara yang dikongsikan atau dilakukannya akan disenangi orang ramai.

“Saya pilih untuk jadi pelakon dan seseorang yang orang nantikan hasil kerja serta perkara yang saya lakukan.

“Sebagai pelakon atau yang mempunyai pengikut dan perhatian ramai, saya perlu bersedia menerima apabila apa yang dikongsikan ada yang tidak disukai orang atau disukai.

Bukan semua orang suka pada anda dan anda pun tak suka semua orang.

NADHIR NASAR

PELAKON

“Fokus pada perkara yang orang suka dan jangan beri perhatian kepada perkara yang orang benci,” ujarnya.

Tambah Nadhir, dia sedar bukan mudah memuaskan hati semua orang untuk menyukai dirinya.

“Pada akhirnya, bukan semua orang suka pada anda dan anda pun tak suka semua orang,” luahnya.

Antara hantaran yang dibuat netizen.

Sebelum ini, Nadhir menjadi perhatian apabila beberapa netizen di platform Threads mendakwa wajahnya kelihatan ‘masam’ dan terlihat seperti tidak mandi.

Dalam perkembangan lain, Nadhir kini muncul menerusi drama bersiri terbaharu, Bayangan Dendam, yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 22 Oktober 2026.

Drama bergenre misteri, jenayah dan percintaan itu mengandungi 12 episod, dengan episod baharu ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat.

 

Artikel Lain