PELAKON Nadhir Nasar menetapkan batas dalam berkongsi kisah kehidupannya di media sosial dengan memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hal keluarga dan kehidupan peribadi kepada umum.Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata apa yang dipaparkan di media sosial hanyalah perkara yang difikirkan wajar untuk dikongsikan kepada peminat. "Saya tak berkongsi tentang keluarga atau peribadi secara terbuka di media sosial. "Selalunya saya hanya kongsikan perkara yang ingin saya tunjuk saja. Nadhir lebih selesa untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.“Saya ada ruang peribadi yang saya simpan untuk diri sendiri,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Nadhir memberitahu keputusan untuk tidak terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi dibuat demi menjaga privasi keluarga dan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri."Saya lakukan ini semua adalah untuk kepentingan privasi keluarga, bukan hanya untuk saya. "Tidak bermaksud saya hanya mahu kongsikan tentang kerja sahaja, kadang-kadang peminat juga ingin tahu tentang personal interest saya. ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar puas ibu tonton lakonan TV, takkan tinggalkan drama walaupun aktif di filemARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru lima tahun berlakon, Nadhir Nasar terbuka dikritik... “Dalam 10 orang mungkin dua tak suka tapi lapan lagi menyokong""Tapi bagi saya ada had untuk saya kongsikan kepada umum kerana 'nasi lemak kalau dah terbuka siapa nak beli'," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Nadhir memberitahu dia kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran filem baharu.Justeru itu, kesempatan waktu yang ada Nadhir memilih meluangkan masa bersama keluarga dan menjadikan waktu senggang itu sebagai ‘me time’ selepas sibuk dengan jadual kerja yang padat."Sekarang ini saya sedang membuat persiapan untuk penggambaran filem baharu. "Me time saya adalah meluangkan masa bersama keluarga. Saya rasa itu sudah cukup untuk merehatkan diri selepas bekerja back to back. Nadhir memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga sekiranya tidak sibuk bekerja."Mungkin 'me time' sebenar saya bila usia dah mencecah 45 tahun nanti agaknya (ketawa)," katanya.Bercakap mengenai karier lakonan, Nadhir akan membintangi Pemuja Syaitan yang juga merupakan filem pertama arahan Liyana Jasmay.Filem berkenaan menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama dengan barisan pelakon utama lain seperti Elizabeth Tan dan Aila Azizul.Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube