suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dayang Areeda tak terdesak kahwin meski usia dah meningkat, sanggup tunggu Hazeeq Dean

Dayang mahu Hazeeq capai impiannya.

MULA mengenali hati budi sejak setahun lalu, Dayang Areeda belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang bersama aktor Hazeeq Dean dalam masa terdekat.

Dayang atau Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, berkata dia tidak mahu mendesak kekasihnya itu untuk berkahwin kerana mahu memberi ruang kepada Hazeeq, 29, mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan dan kerjaya.

Menurut Dayang, meskipun sudah memasuki usia 30-an, dia sanggup menunggu sehingga Hazeeq benar-benar bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Dayang pertama kali kongsi kisah cinta.

“Saya dah bersedia tetapi saya nak dia capai dulu apa saja yang dia nak dalam kehidupan. Saya tak nak paksa dia walaupun saya sudah lanjut usia, tapi tak apa. Saya nak tunggu dia.

“Kami ada berbincang tetapi masih belum ada perancangan lanjut,” katanya.

Selain mahu melihat Hazeeq mengejar impian dalam bidang lakonan, Dayang turut berharap kekasihnya itu dapat menikmati kehidupan sebagai seorang bujang sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Rapat sejak setahun lalu, Dayang Areeda dan Hazeeq Dean mengaku bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Dayang Areeda jawab dakwaan foto bercium... “Benda dah berlaku, jadi biarlah”

“Saya nak dia betul-betul puas dengan kehidupan sebagai bujang, biar dia berkarya sepuasnya.

“Bila dia dah capai apa yang dia nak, barulah kita ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dayang bersyukur apabila keluarganya memahami pendiriannya dan tidak mendesak untuk segera mendirikan rumah tangga selepas mengetahui hubungan mereka.

Dayang akui hubungannya bersama Hazeeq adalah serius.

Tambah Dayang, Hazeeq juga merupakan individu pertama diperkenalkannya kepada umum sebagai teman lelaki.

“Sebelum ini saya tak pernah kongsi mengenai kehidupan peribadi dengan sesiapa. Hazeeq adalah orang pertama yang saya beritahu kepada umum bahawa saya ada seseorang.

“Bukan bermakna hubungan sebelum ini tidak serius, tetapi sekarang saya rasa lebih fokus dan serius,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain