PENYANYI Najwa Latif mengambil maklum komen yang ditulis segelintir netizen mempersoalkan mengenai perubahan fizikalnya yang kini dilihat semakin berisi.Terbuka menerima setiap bentuk teguran, Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 31, berpendapat setiap individu berhak menyampaikan pandangan mereka. "Tiada apa yang perlu saya komen. Orang berhak untuk berkata apa-apa.Kemunculan Najwa dalam sebuah acara mencuri tumpuan ramai. "Cuma saya amat hargai semua yang berkata baik dan memberi kata semangat," ujarnya kepada mStar.Sebelum ini, kemunculan Najwa ketika hadir membuat persembahan di acara Keretapi Sarong 2026 mencuri tumpuan ramai.Antara yang menjadi bualan ialah mengenai fizikalnya sehingga ada yang meninggalkan komen 'body shaming'.ARTIKEL BERKAITAN: Visual AI papar Najwa Latif tidak bertudung, syarikat elektronik sudah mohon maaf... “Mereka ambil video suami dan buka aurat saya“ ARTIKEL BERKAITAN: Guna AI ada had, Najwa Latif mahu pelajar berfikir idea sendiri siapkan tugasanSebagai seorang yang berpengalaman dalam industri seni, Najwa juga sedar penampilannya akan sentiasa diperhatikan terutama ketika membuat persembahan."Tak perlu saya respons kepada kata-kata orang itu. Saya hormat kebebasan yang semua ada."Bila kita ada di depan khalayak orang, mesti akan ada orang yang bercakap sama ada baik atau buruk," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube