suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jazmy Juma tak tahu isteri hamil, terkejut Farah Athirah keguguran anak pertama

Jazmy (kiri) mengesahkan isterinya mengalami keguguran anak pertama.

HAMPIR tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jazmy Juma berdepan dugaan apabila isterinya, Farah Athirah Rozman mengalami keguguran anak pertama.

Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata mereka pada awalnya tidak mengetahui mengenai kandungan itu sehinggalah isterinya itu mengalami pendarahan.

Dia kemudiannya membawa Farah ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan terkejut apabila doktor mengesahkan isterinya keguguran.

"Ya, benar isteri saya keguguran. Sebenarnya kami pun tak tahu tentang kandungan itu. 

Perkongsian Farah Athirah sebelum ini mengundang perhatian ramai.

"Bila berlaku pendarahan, saya bawa isteri ke klinik untuk buat pemeriksaan. 

"Tak sangka pula doktor beritahu rupa-rupanya isteri saya telah keguguran," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Jazmy memberitahu  tidak mengesyaki Farah sedang hamil kerana isterinya tidak mengalami sebarang perubahan atau alahan seperti kebiasaannya berlaku kepada ibu mengandung.

Jazmy bagaimanapun berkata mereka menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka serta menganggap masih belum ada rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sembunyikan isteri, Jazmy Juma pilih asingkan urusan kerja dan kehidupan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu dia faham tapi kalau dijelaskan lebih selesa“ - Jazmy Juma jaga batas, beritahu isteri babak mesra dengan aktres lain

"Kami memang tak nampak sebarang tanda (hamil) pun sebab isteri tidak menunjukan apa-apa alahan.

"Mungkin faktor isteri sibuk bekerja juga, sekarang dia sedang berehat di rumah dan berpantang. 

"Tak mengapalah mungkin belum rezeki, doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya. 

Sebelum ini, Farah Athirah mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto berada di sebuah klinik menerusi Instastory miliknya.

Jazmy dan Farah Athirah (kiri) bernikah pada Jun lalu.

Menerusi kapsyen, Farah berkongsi luahan mengenai kehilangan anak yang kini berada di syurga.

"Kehidupan ini penuh rahsia, siapa sangka saya mempunyai anak yang kini di syurga," tulisnya. 

Untuk rekod, Jazmy mendirikan rumah tangga dengan Farah Athirah pada 27 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain