PELAKON Jun Lojong meluahkan rasa terkilan apabila filem lakonannya, Polong, tidak akan ditayangkan semula di pawagam seperti yang dirancang.Jun atau Junainah M. Lojong, 48, bagaimanapun terbuka apabila filem berkenaan dikhabarkan bakal disiarkan menerusi platform penstriman, Netflix tidak lama lagi. "Saya tidak marah kalau Polong keluar di Netflix. Biarlah penonton yang terlepas menontonnya di pawagam dapat menonton sepuasnya di sana.Luahan hati Jun mengenai perancangan yang terpaksa dibatalkan."Tetapi saya kecewa kerana versi tidak dipotong tidak sempat ditayangkan di pawagam," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Menurut Jun, versi tanpa potongan filem berkenaan sebenarnya sudah mendapat kelulusan untuk ditayangkan kepada umum."Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sudah umumkan bahawa filem berklasifikasi 18 boleh ditayangkan tanpa potongan. Itu sebenarnya peluang besar untuk Polong kembali ke layar dengan versi pengarah (director’s cut).ARTIKEL BERKAITAN: “Hilang beberapa tahun” - Jun Lojong alami depresi teruk sampai takut jumpa orang, dunia lakonan jadi terapiARTIKEL BERKAITAN: Terbawa-bawa watak ‘Maria Hadi’, June Lojong rasa diekori makhluk halus… “Macam ada pendamping”"Polong berpotensi menjadi antara filem terawal yang ditayangkan semula dengan versi director’s cut di bawah garis panduan terbaru Skim Wajib Tayang Finas," ujarnya.Namun, Jun berkata perancangan itu tidak dapat direalisasikan sekiranya filem berkenaan terlebih dahulu ditayangkan di Netflix.Ini kerana selepas sesebuah filem memasuki platform penstriman, ia secara automatik tidak lagi boleh ditayangkan semula di pawagam."Saya percaya Polong akan sampai ke Netflix juga, tetapi bukan dalam masa terdekat. Jadi, kenapa perlu terburu-buru?" kongsinya.Polong sebelum ini menerima sambutan hangat daripada penonton.Sebelum, pengarah kepada Polong iaitu Zulkarnain Azhar turut meluahkan rasa kecewa apabila perancangan mengenai filem berkenaan terpaksa dibatalkan kerana akan ditayangkan platform penstriman ."Tahniah kepada eksekutif kapitalis. Kini Polong terkubur selamanya kerana kamu. Takziah kepada yang mendambakan kisah Polong dikembangkan."Maafkan saya kepada mana yang berharap. Tapi yakin lah saya sedang mencipta satu lagi ikon horror tempatan. Nantikan," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube