suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kali ini Abby Abadi betul-betul kecil hati dengan anak bongsu... “Kalau mama sakit, meninggal jangan datang tau”

Abby (kiri) mengakui berasa kecil hati terhadap anak-anak.

BUKAN mudah buat pelakon Abby Abadi menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Maria Danisha Hakim yang genap 18 tahun pada Khamis.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, mengakui berat hati untuk menulis ucapan tersebut selepas berdepan rasa kecewa dan kecil hati susulan sesuatu yang berlaku antara mereka.

Malah, Abby seakan-akan sudah bersedia sekiranya anak perempuannya yang mesra disapa Baby itu memilih untuk melupakan dirinya, selain menitipkan pesanan meruntun hati sebagai seorang ibu.

"Berat juga rasa hati nak beri ucapan sebab tahu akan jadi cerita lain... sebab kecil hati sangat-sangat tapi tak mengapalah. 

Abby (kiri) memuat naik perkongsian yang menyentuh hati.

"Mama ucap selagi masih ada nyawa ni, maafkan mama tak mampu jadi ibu yang baik, hebat, kaya untuk anak-anak hidup senang.

"Di umur Baby yang ke-18 ini, lupakan mama terus pun tak mengapa. Kalau mama, abah sakit ke, meninggal dunia jangan datang. Urus saja kehidupan sendiri... Pesan mama untuk yang terakhir kalinya," katanya. 

Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis. 

Dalam pada itu, Abby turut mengenang kembali pengorbanannya membesarkan tiga cahaya mata sejak mereka masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas mengalah, Abby Abadi terus bersuara demi hak anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi berang rakan Memey campur tangan hal keluarga mereka

Kata Abby, dia sentiasa berusaha memberikan kehidupan yang selesa kepada anak-anak meskipun menyedari dirinya bukan daripada golongan senang.

"Terima kasih kerana menjadi anak mama untuk 18 tahun ini. Tak tahu nak tulis apa sebab hati mama dah hilang sebenarnya. 

"Tapi mama nak Baby tahu dari dalam perut, dari korang kecil mama jaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. 

"Makan mewah, tempat tinggal selesa, berjalan sana-sini, pakai baju cantik walaupun mama ni taklah berapa 'ada' (mewah) pun sebenarnya. Tapi bila dah besar anak-anak semudah ini melupakan mama, semudah itu," ujarnya. 

Mengulas lanjut, pelakon drama Gerak Khas ini mengakui terkilan apabila merasakan suaminya, Faizal Zakaria, juga seakan-akan tidak dihargai walaupun sudah hampir 12 tahun bersama mereka.

"Kalau mama yang melahirkan pun dibuang macam itu saja, apatah lagi abahnya (suami Abby). Ada pun seakan tiada dibuatnya. 

"Hampir 12 tahun abah bersama mama, tolong mama tanggung makan minum, rumah yang jadi tempat kita berteduh, beli hadiah mahal-mahal, akhirnya pun seakan tak wujud. 

Abby (kiri) mengucapkan hari lahir buat Danisha (dua dari kiri).

"Maaflah bukan nak mengungkit, tapi kali ini biar tahu. Mama jadi begini sebab makan hati," katanya. 

Untuk rekod, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2022 sebelum bercerai pada 2009.

Selain Danisha, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Marissa Dania, 22 tahun. 

Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman pula bernikah kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain