PANTAS mengambil tindakan, penyanyi Siti Nordiana membuat laporan ke atas pengendali platform TikTok susulan tular gambar dia berpelukan dengan seorang lelaki yang dijana menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI).Kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 42, dia turut meminta kelab peminat melakukan perkara sama agar imej berkenaan tidak terus disebarkan. Nana ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati pengendali akaun berkenaan sudah pun menurunkan kandungan yang dimuat naik.Peminat Nana juga sentiasa memantau jika ada penyalahgunaan gambar penyanyi kesayangan mereka. "Saya dah buat laporan dan minta peminat pun sama buat report di TikTok. Apa yang saya nampak setakat ini video tersebut telah diturunkan," katanya.Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan imej Nana berpelukan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah masuk kolej, Siti Nordiana berat hati izinkan Rayyan berdikari duduk asrama ARTIKEL BERKAITAN: Irama tradisional masih relevan, Siti Nordiana tumpang ‘vibes’ Biduanita NegaraMeskipun ia dihasilkan dengan teknik AI, namun perkara tersebut memberi kesan kepada Nana kerana imej berkenaan jelas menggunakan wajahnya.Tambah penyanyi itu lagi, dia mula menyedari wajahnya digunakan selepas dimaklumkan oleh peminat ketika mengadakan sesi siaran langsung di laman TikTok."Bila ramai yang bertanya saya pun carilah video tersebut. Memang agak tidak senonoh," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube