suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak dah masuk kolej, Siti Nordiana berat hati izinkan Rayyan berdikari duduk asrama

Nana risau bakal berjauhan dengan Rayyan.

PENYANYI Siti Nordiana meluahkan kebimbangan dan kegusaran apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 18, yang dijadualkan mendaftar masuk ke sebuah kolej tidak lama lagi.

Meskipun berasa berat hati, namun Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 42, berkata, dia membenarkan untuk anaknya duduk di asrama bagi menyambung program Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat supaya Rayyan dapat belajar berdikari. 

"Saya rasa ibu yang ada anak tunggal memang ada sedikit perasaan 'anxiety' (kebimbangan) macam itu.

Nana harap Rayyan dapat berdikari

"Bila saya baca komen di TikTok pun ramai kaum ibu yang senasib pun cakap hidup mereka sunyi bila anak tinggal di asrama. Tapi tidak apa, sekurang-kurangnya dia dapat belajar berdikari," katanya kepada mStar. 

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Rayyan, Nana menyifatkan anak lelakinya itu sebagai segala-galanya memandangkan dia membesarkan remaja tersebut sendirian.

"Maklumlah, Rayyan adalah penghibur, dialah kawan baik dan kawan bergaduh serta segalanya. Hubungan kami sangat rapat. Saya memang sukar nak berpisah dengan anak kecuali kalau saya ada undangan persembahan di luar kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik berdiam” - Siti Nordiana minta Nubhan diberi ruang, sentiasa doa yang terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Irama tradisional masih relevan, Siti Nordiana tumpang ‘vibes’ Biduanita Negara

"Jadi, saya berasa agak takut juga untuk benarkan dia tinggal di asrama mungkin kerana kami tak pernah berjauhan.

"Saya terpaksa juga membenarkan dia tinggal di asrama sebab dia nak belajar hidup berdikari sebab kalau duduk di rumah sahaja dengan saya nanti jadi manja pula. Tak pernah lagi lah (berenggang lama), ini kali pertama," jelasnya.

Ditanya cara untuk mengubat rasa sepi di rumah apabila anaknya tiada nanti, Nana memberitahu dia akan menyibukkan diri dengan jadual seni selain mencari aktiviti hiburan di rumah.

Nana akan lebih sibukkan diri selepas ini. 

"Kita pun banyak menyanyi, kalau ada program tu maknanya hilanglah sunyi tu. Tapi kalau kat rumah, Nana rasa saya akan tengok K-drama, buat siaran langsung," ujarnya. 

Sebelum ini, perkongsian Siti Nordiana yang meluahkan kerisauan untuk melepaskan Rayyan tinggal di asrama mendapat perhatian pengikut di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain