PENYANYI dan komposer Hael Husaini tampil membersihkan nama syarikat rakamannya susulan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkan label berkenaan atas penangguhan album terbaharunya.Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 39, menegaskan bahawa keputusan untuk menunda pelancaran album berkenaan adalah atas kehendak sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. “Helo semua, penangguhan album saya adalah keputusan saya sendiri sepenuhnya. Album itu akan dilancarkan apabila tiba masa yang sesuai.Hael nafi dakwaan pihak pengurusan menjadi punca. "Syarikat rakaman saya sentiasa menjadi sistem sokongan yang sangat baik untuk kerjaya muzik saya sejak tahun 2013," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads pada Ahad.Tambah Hael, dia amat bertuah kerana pihak pengurusan sentiasa bertoleransi dan memberikan kebebasan buat dirinya untuk merancang mengenai pelancaran setiap hasil karyanya.Sehubungan itu, dia meminta orang ramai terutamanya para peminat agar tidak meluahkan spekulasi negatif atau menyalahkan pihak label tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini tinggalkan Rocketfuel Entertainment?ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini mohon maaf, enggan ulas gosip sudah bernikah dengan Dayang Nurfaizah"Mereka memberi saya kebebasan sepenuhnya untuk merancang dan menentukan bila saya mahu mengeluarkan sebarang karya."Jadi, jangan mudah menyalahkan pihak label atas segala-galanya. Kadang-kadang, artis sendiri yang membuat keputusan tentang apa yang terbaik untuk diri mereka dan perjalanan kerjaya mereka," ujarnya.Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memahami perkara tersebut dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Hael itu. Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan peminat mendakwa kelewatan pelancaran album Hael adalah disebabkan oleh kegagalan serta pengurusan tidak cekap daripada pihak syarikat rakaman yang dinaunginya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!