SYARIKAT produksi Mask Team tampil dengan pementasan karya teater terbaharu berjudul Tarik Picu yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 19 Julai depan.Penerbitnya, Juan Ab Aziz berkata, pementasan itu menjanjikan satu pengalaman teater yang mendebarkan, sarat dengan emosi serta konflik kemasyarakatan yang sangat dekat dengan realiti kehidupan masa kini. "Teater Tarik Picu ini lahir daripada pemerhatian terhadap realiti yang berlaku di sekeliling kita. Barisan pelakon Tarik Picu. "Ia mengangkat suara dan pengalaman yang mungkin pernah dilalui oleh ramai orang, khususnya golongan muda yang sedang mencari tempat mereka dalam dunia yang semakin mencabar."Kami berharap penonton bukan sahaja dapat menikmati persembahan ini, tetapi juga membawa pulang persoalan dan renungan yang ditinggalkan oleh cerita ini,” katanya.Naskhah ini menampilkan barisan pelakon seperti Jay Iswazir, Idan Aedan, Arfie Shah, Khenobu serta Amalina Arham.ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah pilih jawapan selamat - "Kalau suka suami orang, susah pula nanti" ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan ubah babak keterlaluan ditolak, Elvina Mohamad batal hasrat kembali berlakonNaskhah yang merupakan hasil nukilan penulis Amar Amir dan pengarah Fazleena Hishamuddin itu bakal dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).Tarik Picu bakal menggabungkan elemen drama, saspens dan tragedi dalam sebuah penceritaan yang mengajak penonton mendalami sisi gelap kehidupan manusia apabila terpaksa berhadapan dengan tekanan serta pilihan sukar dalam hidup.Tiket akan mula dijual pada Selasa di laman sesawang Onetix.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!