suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B sayang Anggrek, sanggup berkorban tersingkir… “Saya nak belikan dunia ini untuk dia”

Cik B menganggap Anggrek (kiri) seperti adik sendiri.

HUBUNGAN mesra antara peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Cik B dan Anggrek menjadi tumpuan apabila mereka  dilihat sering meluangkan masa bersama.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata kehadiran Anggrek dalam hidupnya memberi makna besar seolah-olah dia mempunyai seorang adik perempuan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

Keakraban itu membuatkan dia benar-benar menyayangi Anggrek dan tidak teragak-agak untuk berkorban demi kanak-kanak berkenaan jika diberi pilihan. 

Cik B sanggup berkorban demi Anggrek.

"Sebenarnya saya tak ada adik perempuan, jadi bila tengok Anggrek kalaulah dia adik saya, saya nak belikan dunia ini untuk dia. 

"Saya sayang sangat dekat Anggrek. Kalau diberi pilihan sama ada saya atau Anggrek yang akan disingkirkan dalam TTMM2, saya akan singkirkan diri saya sendiri. 

"Saya sanggup berkorban untuk Anggrek," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sedar suara tak sedap, tidak ambil hati komen netizen… “Saya dah terbiasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira sokong Anggrek jadi artis, tapi pelajaran tetap nombor satu!

Dalam pada itu, Cik B turut menyifatkan Anggrek sebagai seorang kanak-kanak luar biasa yang memiliki kematangan di atas pentas meskipun masih kecil.

"Anggrek baru berusia 9 tahun tetapi di atas pentas umurnya macam 29 tahun. 

"Bila di luar pentas, dia hanya seorang kanak-kanak yang penyayang. Manja sangat. 

Anggrek merupakan pesaing utama dalam TTMM2.

"Bila saya di kedudukan tiga terbawah peringkat suku akhir ini, dia cakap risau dah nak menangis," ujarnya. 

Untuk info, Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida serta Anggrek dan Adira Suhaimi bakal bersaing di pentas separuh akhir TTMM2 pada malam Ahad. 

Selain mereka, turut bersaing adalah Azeva dan Datuk A. Aida, Hussain dan Jamilul Hayat, Kim Khairii dan Safura serta Amarra dan Azad Jasmin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain