PELAKON Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan mengenai kenyataannya sebelum ini tentang ciri-ciri lelaki pilihannya jejaka dari Korea Selatan.Kata Siti, 29, kenyataan itu hanyalah satu respons spontan bagi menjawab soalan yang diajukan dan tidak berniat untuk mencetuskan salah faham mana-mana pihak. Jelas Siti, dia tidak mempunyai kriteria yang spesifik sebaliknya sudah memadai jika individu itu mudah menarik perhatian. Siti tidak mempunyai sebarang kriteria untuk teman lelakinya. "Dua-dualah, suka dan jawapan selamat. Orang tanya, kita jawab. "Memang mereka (lelaki Korea) sedap mata memandang. Tetapi setakat itu sahajalah, sekadar sedap mata memandang," katanya kepada mStar.Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis tayangan media filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah bengang foto kena edit, mahu cari dan saman pemfitnahARTIKEL BERKAITAN: Dibuli awal kemunculan, Siti Khadijah pernah terfikir tinggalkan dunia seni... “Pelakon baharu selalu kena marah maki”Jelas Siti, jawapan itu hanyalah strategi terbaik untuk dia mengelakkan diri daripada terpalit dengan kontroversi sensitif yang boleh merosakkan reputasinya sebagai anak seni.Malah, dia memilih jawapan demikian agar tiada mana-mana pihak tersinggung atau terasa hati dengan kenyataannya. "Sebenarnya itu jawapan selamat saya. Kalau saya kata suka suami orang, susah pula nanti. Siti tidak mahu kenyataannya itu buatkan orang tersinggung. "Jadi, kita ambil jawapan yang tidak akan membuatkan sesiapa rasa tersinggung," jelasnya.Sebelum ini, Siti mencuri perhatian warga maya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat selepas dia mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya.Susulan itu, terdapat segelintir peminat meluahkan rasa kecewa selain memberikan nasihat agar pelakon itu memilih lelaki Melayu sebagai calon suami.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!