SELEPAS 14 tahun mencipta fenomena menerusi drama Adam & Hawa, pelakon Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz kembali dipertemukan dalam drama bersiri terbaharu berjudul Bidadari Tanpa Syurga.Kata Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, dia menganggap gandingan ini merupakan satu rezeki jika drama itu diterima baik peminat yang masih mengingati mereka. "Selepas drama Adam Hawa kami ada berlakon sama dalam super tele Dekatnya Cinta tapi itu hanya drama pendek untuk novel kedua Adam Hawa. Teraju utama drama Bidadari Tanpa Syurga, dari kiri: Syad, Aaron dan Nadiya."Drama itu sangat pendek, peminat macam tak puas. Jadi kali ini kami sekali lagi bergandingan untuk drama 12 episod. "Mungkin tak boleh nak bandingkan dengan drama Adam Hawa yang ada 80 episod. Kami cuba buat sebaik mungkin, kalau penonton 'tersangkut' itu rezekilah," katanya kepada mStar.Mengulas mengenai harapan peminat yang masih mengingati watak ikonik mereka dalam Adam Hawa, Nadiya berkata dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu sepanjang penggambaran drama berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kekangan masa punca Nadiya Nisaa tak ‘join’ Threads, ada sebab jarang kongsi tentang keluarga di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz sekali lagi dijadikan modal scammer, terkejut nama dikaitkan perjanjian libat pelabur filem"Sepanjang penggambaran drama ini, kami tak terfikir pula sama ada orang boleh move on atau tidak dengan watak drama Adam Hawa. "Tapi drama ini berbeza kerana kisahnya lebih berat dan mengenai isu terkini di sekeliling masyarakat kita," ujarnya. Sementara itu, Aaron pula meluahkan rasa teruja dapat kembali bekerjasama dengan Nadiya yang disifatkannya sebagai rakan gandingan yang sangat profesional dan berbakat. Mungkin tak boleh nak bandingkan dengan drama Adam Hawa, kami cuba buat yang terbaik. NADIYA NISAAPELAKON"Kalau gandingan dengan Nadiya memang tak ada masalah sebab saya tahu performance (lakonan) memang tip top. "Bila saya baca skrip memang 'on' la. Dalam episode awal memang nampaklah babak-babak sweet itu tapi drama ini ada plot twist. Penonton kena tonton sendiri," katanya. Bidadari Tanpa Syurga mengisahkan mengenai Azlan lakonan Aaron, seorang pengasas NGO terkenal berimej warak dan penyayang yang sebenarnya seorang lelaki manipulatif. Aaron teruja digandingkan semula dengan Nadiya.Azlan mengamalkan poligami rahsia dan mempergunakan pendekatan agama untuk memerangkap serta mengawal dua orang isterinya, Husna lakonan Nadiya dan Aisyah (Syad Mutalib).Selain Nadiya dan Aaron, drama Bidadari Tanpa Syurga terbitan Viu Original turut dibintangi oleh pelakon Syad Mutalib, Lorenzo Irmann, Idzham Ismail, Shahronizam Noor dan Faye Kusairi. Bidadari Tanpa Syurga kini ditayangkan secara eksklusif di Viu pada setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!