suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Revolusi Haqiem Rusli, isteri beri galakan tukar imej... Kisah Michael Jackson jadi inspirasi

Haqiem ambil langkah berani ubah penampilan.

KEGAGALAN mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini memberi tamparan besar buat penyanyi Haqiem Rusli sehingga dia nekad untuk melakukan perubahan terhadap kerjaya seni. 

Bukan hanya dari aspek lagu, malah menurut Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, dia juga melakukan transformasi imej demi memberikan nafas baharu agar peminat tidak bosan.

"Mungkin (kesedaran ini timbul) selepas saya gagal ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik. Selepas lima tahun saya tak pernah lepas (gagal masuk AJL). Jadi di situ macam memberi satu semangat yang baru.

Haqiem tidak mahu peminat bosan dengan penampilannya. 

"Saya dah lima atau empat tahun menunggu untuk kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu. Jadi bila tahun kelima itu saya masih tak dapat lagi, benda itu menjadi titik tolak untuk saya fikir mungkin Haqiem kena cuba benda baru. Muzik baru, penampilan baru untuk orang ingat balik," katanya kepada mStar.

Haqiem berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Malam Konsert Tonton Soundstage di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Menurut Haqiem, hasrat untuk melakukan perubahan turut didorong oleh isterinya iaitu Anis Sofea yang sering menegur gaya soal penampilan kerana sebelum ini sekadar memilih jalan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bertahun jadi artis, baru sekarang Haqiem Rusli beli mikrofon sendiri... Isteri beri nama ‘Mochiko’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berani di media sosial, Haqiem Rusli kongsi pengalaman jadi mangsa buli siber... Pilih tidak dedahkan identiti pelaku

Selain itu, dokumentari mengenai raja pop Michael Jackson turut membuka matanya tentang kepentingan menjaga perincian imej seorang penghibur.

"Kalau dulu persembahan saya memang jaket, t-shirt. Tapi Sofia banyak tegur saya, 'Haqiem mungkin dah kena cuba buat penampilan sikit, mungkin Haqiem dah kena cuba rebranding diri.'

"Sejujurnya, saya buat keputusan untuk cuba benda baru pun selepas saya tengok filem Michael Jackson. Benda itu banyak memberi impak pada saya. Saya tengok kesungguhan dia, perincian lain seperti dari segi rambut, penampilan dia. 

Haqiem kini memiliki mikrofon sendiri. 

"Jadi saya refleksi balik diri saya, dulu saya begitu sahaja. Senang cerita, kena berevolusi. Kalau statik sahaja nanti tak ke mana," jelasnya.

Dalam masa sama, Haqiem berkata sebagai bukti kesungguhannya untuk bangkit, dia buat pertama kalinya mengambil langkah berani dengan melabur wang puluhan ribu demi membeli sebuah mikrofon miliknya sendiri.

"Kita memang melabur untuk konsert dan persembahan. Baru beli, kita tempah khas dan saya tunggu dalam tiga minggu. Harganya rahsia, tapi cecah lima angkalah. 

"Tetapi inilah pertama kali saya guna untuk konsert ini sebab kalau ikutkan, saya antara yang paling lambat beli mikrofon sendiri sebenarnya. Saya rasa perlu sebab kalau nak cakap sekarang, mikrofon itu salah satu yang memberi saya semangat baru," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain