ISU penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu masih menjadi pendebatan hangat dan kali ini penyanyi Syura pula tampil memberi pandangannya berhubung kontroversi berkenaan.Syura atau Zuraidah Badron, 40, berkata penghasilan muzik memerlukan usaha, komitmen dan kos yang ditanggung sendiri oleh pengkarya, berbeza dengan karya yang dihasilkan menggunakan teknologi AI. "Saya artis sendu bang tapi Alhamdulillah belum pernah menyanyi dengan rujukan nyanyian AI. Syura mempunyai pendapat yang berbeza berhubung isu pengunaan lagu AI."Kita buat homework, keluar duit sendiri untuk hasilkan seni itu," katanya. Syura berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap sebuah hantaran di Threads yang memuji kehebatan lagu ciptaan AI. Dalam pada itu, Syura turut menegaskan bahawa perbandingan yang dibuat antara karya manusia dan hasil teknologi AI adalah tidak adil.ARTIKEL BERKAITAN: Syura ‘throwback’ menyanyi sejak sekolah, cikgu kecam kerjaya haram... Kelakar setiap kali majlis diminta buat persembahanARTIKEL BERKAITAN: Belum lupa insiden tong gas meletup, Syura alami ketakutan ketika memasak"Janganlah bandingkan manusia dengan robot, sangat tidak adil," ujarnya.Sebelum ini, seorang pengguna Threads mencetuskan perbincangan apabila memuat naik hantaran memuji lagu saduran yang dihasilkan oleh AI.Individu tersebut mendakwa bahawa penyanyi yang mengkritik lagu ciptaan AI sebagai tidak berkualiti hanyalah artis yang tidak mampu menandingi kehebatan teknologi itu."Dah berbulan aku layan lagu cover AI. Siapa sini playlist dia lagu AI?"Pada yang kata lagu AI tak ada jiwa, bullshit. Korang hanyalah artis sendu yang lemah ditewaskan AI," tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!