suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelukan rindu sambut kepulangan ‘hajah’ Lisa Surihani, Yusry akui rumah tak sempurna tanpa isteri

Yusry (kiri) teruja menyambut kepulangan isteri dari Tanah Suci.

SELEPAS sebulan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah, akhirnya pelakon Datin Lisa Surihani selamat pulang ke tanah air.

Ketibaannya itu disambut penuh kesyukuran oleh suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim pada Jumaat.

Menurut Yusry, 53, sepanjang ketiadaan isterinya itu, rumah didiami mereka bersama anak-anak berasa seakan-akan kosong dan sunyi.

"Saya sedang menunggu kepulangan Lisa daripada Tanah Suci. Alhamdulillah dah selesai semua urusan ibadah haji. 

Anak-anak (kanan) gembira menantikan kepulangan Lisa.

Anak-anak (kanan) gembira menantikan kepulangan Lisa. 

"Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai yang tersentuh melihat kasih sayang serta keakraban pasangan berkenaan selepas lebih sedekad melayari alam rumah tangga.

Malah, suasana penuh emosi jelas terpancar ketika Yusry bersama anak-anak menyambut ketibaan Lisa di lapangan terbang.

Sebaik sahaja Lisa melangkah keluar dari balai ketibaan bersama jemaah lain, wajah ceria Yusry dan anak-anak berubah menjadi sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusry gagal rayuan haji, Lisa Surihani percaya ada hikmah... “Mungkin abang lebih diperlukan untuk jaga anak-anak”

ARIKEL BERKAITAN: Tak cukup hanya panggilan telefon, Yusry kekok bila berjauhan dengan isteri... “Itu juga menyakitkan sebab Lisa tiada di sini”

Anak-anak dilihat berlari mendapatkan ibu mereka sebelum memeluk erat sebagai tanda kerinduan yang sudah lama terpendam.

Pada 7 Mei lalu, Lisa berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam pada musim haji tahun ini. 

Bagaimanapun, Yusry gagal membuat rayuan dan tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama. 

Yusry (kanan) menganggap ketiadaan Lisa membuatkan rumah mereka terasa kosong.

Lisa bagaimanapun menganggap ada hikmah di sebalik kegagalan rayuan suaminya itu kerana kehadiran Yusry lebih diperlukan bagi memastikan urusan keluarga serta anak-anak berada dalam keadaan baik. 

Untuk rekod, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 11, Yusof Leonne, 9, dan Yunos Laith, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain