PELAKON Datin Lisa Surihani menganggap ada hikmah di sebalik kegagalan rayuan suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Menurut Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 40, kehadiran Yusry lebih diperlukan di rumah bagi memastikan urusan keluarga serta anak-anak berada dalam keadaan baik sepanjang dia berada di Tanah Suci Makkah. "Ia menjadi peringatan untuk kami terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetap tertakluk kepada aturan Yang Maha Tinggi. Lisa (kiri) yakin semua takdir yang tertulis ada hikmahnya. "Mungkin kehadiran abang lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah, untuk anak-anak kami, supaya dapat membantu mengurus dan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari. "Alhamdulillah dengar khabar mereka semua baik-baik saja. Terima kasih daddy (panggilan Yusry). Itulah yang penting buat mereka. Leganya," katanya. Lisa berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia buat kerana Allah” - Yusry restu penghijrahan Lisa Surihani, tak mahu ambil ‘credit’ perubahan isteriARTIKEL BERKAITAN: Masih ‘merangkak’ baca al-Quran, Lisa Surihani banyak kali tolak undangan program tadarus... Tahun ini pasang niat beri inspirasiDalam pada itu, Lisa meluahkan rasa syukur apabila rayuan visa haji menerusi Lembaga Tabung Haji yang dipohon olehnya diluluskan.Kata Lisa, segala urusan dipermudahkan dan disusun dengan baik meskipun rayuan untuk suami tidak berjaya."Alhamdulillah saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah.Yusry (kiri) menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan Lisa. "Alhamdulillah syukur berharap dapat menempuh perjalanan ini bersama, rayuan abang (Yusry) tidak diluluskan. Namun, pasti ada hikmahnya," ujarnya.Pada Khamis, Lisa berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukum Islam kelima pada musim haji tahun ini. Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Lisa berkongsi video memaparkan Yusry bersama tiga cahaya mata mereka menghantarnya ke lokasi berkumpul jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!