suria

Kak Nona beri peluang kedua, suami kembali ke pangkuan selepas 5 bulan berpisah

Kak Nona terima nasihat untuk beri peluang kedua kepada suami.

SELEPAS lima bulan hidup berasingan, usahawan sensasi Kak Nona serta suami iaitu Muhammad Iskandar Ali sepakat untuk kembali berbaik dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli, 51, berkata dia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk membuka hati menerima semula suaminya itu.

“Suami saya sudah balik ke pangkuan saya. Hari ini secara rasmi dia kembali ke rumah saya.

Kak Nona dan suami kembali berbaik.

“Walau apa juga tohmahan yang diperkatakan, saya terus melangkah dan berdoa agar Allah tunjukkan mana yang terbaik. Sekarang saya hanya mahu fikirkan tentang hidup saya. 

"Walaupun ada usaha mahu memisahkan saya dengan suami dan anak-anak, saya terus berdoa dan fikir sebaik-baiknya kerana saya tahu Allah Maha Mengetahui isi hati saya,” katanya kepada mStar.

Menurut Kak Nona, keputusan menerima kembali suaminya dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada pejabat agama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mind your own business!” - Kak Nona dah bagi amaran, hantar surat saman kepada Kak KM

ARTIKEL BERKAITAN: Kak Nona dakwa bekas suami abai tanggungjawab, tiba-tiba muncul sebar fitnah

“Selepas saya minta nasihat daripada pejabat agama, ustaz beri pandangan dan buka mata saya bahawa sebagai manusia kita perlu beri peluang untuk seseorang berubah.

“Itulah yang saya lakukan. Saya lebih mengenali suami saya macam mana. Jadi tidak salah untuk saya beri peluang kepada kami membina hidup baru dan memperbaiki diri masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kak Nona memberitahu sepanjang tempoh berjauhan, suaminya tidak pernah putus asa memujuk dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik.

Dia janji akan perbaiki segala kekurangan.

KAK NONA

USAHAWAN

“Sebelum ini kami ada berjumpa, tetapi ketika itu dia belum pulang ke rumah lagi. Dia menangis dan peluk saya sambil minta diberi peluang.

“Dia janji akan perbaiki segala kekurangan. Ketika itu kami berdua benar-benar rasa menyesal,” kongsinya.

Bercakap mengenai anak-anak pula, Kak Nona memberitahu dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu walaupun mereka tidak tinggal bersama.

“Walaupun anak-anak tidak duduk sekali dengan saya, tetapi saya yang menjaga mereka. Saya mahu beri ruang kepada mereka.

Kak Nona mahu fokus dengan hidupnya.

“Saya tahu mereka belum matang dan belum boleh berfikir dengan baik. Saya tetap ibu mereka, masih menyara mereka, beri duit dan selalu melawat kerana mereka masih tinggal di rumah milik saya,” jelasnya.

Pada Februari lalu, dalam satu temubual bersama mStar, Nona memaklumkan dia berada dalam fasa perceraian dengan suaminya.

Kata Nona, dia telah memfailkan perceraian tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pertengahan Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain