USAHAWAN sensasi, Kak Nona tampil mempertahankan diri susulan kenyataan yang dikeluarkan adiknya, Kak KM berhubung kes melibatkan anak-anaknya yang kini masih dalam siasatan polis.Nona atau nama sebenarnya Rose Azlina Rosli, 51, mendakwa adiknya itu sengaja mengeruhkan keadaan apabila tampil memberi kenyataan kepada pihak media mengenai kes tersebut. Dia yang enggan lagi berselindung turut mendedahkan sudah pun mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Pak Edy dan Kak KM pada Selasa lalu."Saya sudah hantar LOD kepada kedua-dua mereka. Dah seminggu LOD itu saya cuba sampaikan kepada mereka berdua tapi masing-masing mengelak dan menipu.Kak Nona terpaksa guna undang-undang."Kak KM siap kata dia di Jepun tapi LOD itu tetap sampai pada mereka melalui WhatsApp dan Email. Saya tahu dia sudah sedar tentang LOD itu."Saya terpaksa guna peguam untuk hentikan semua ini, sebab dah melampau viral. Apa bekas suami saya buat dia repost dan sudah berjuta orang tengok," katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Kak Nona turut menegaskan agar Kak KM tidak mencampuri urusan peribadinya terutama berkaitan anak-anak."Dia jangan nak menambah tomahan, jangan masuk campur urusan peribadi saya! Kau mind your own business. Anak aku, aku urus bukan kau!ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak jemput datang ‘open house’, hubungan Kak KM dengan Kak Nona kembali renggangARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”“Kalau betul simpati, bukan dengan cerita atau hebahkan kepada media. Jangan pula nak tunjuk seolah-olah jadi pelindung anak saya sedangkan saya masih ada,” ujarnya.Tambah Kak Nona, tindakan adiknya itu telah memberi kesan buruk terhadap reputasi diri dan perniagaannya sehingga netizen mula membuat pelbagai spekulasi.Ini kerana dia juga mahukan keadilan namun tetap menghormati siasatan polis sehingga hukuman dijatuhkan.“Disebabkan kenyataan dia, orang mula pandang serong terhadap saya. Ada yang berhenti mengikuti saya dan menganggap saya ibu yang tidak bertanggungjawab. Sudahlah kurang ajar dengan saya!KAK NONAUSAHAWAN“Perbuatannya itu telah menjatuhkan maruah serta menjejaskan perniagaan saya,” jelasnya.Mengulas isu jemputan rumah terbuka pula, Nona berkata dia tidak berkecil hati walaupun tidak dijemput, namun kesal apabila perkara tersebut diperbesarkan.“Saya tak kisah pun tak dijemput ke rumah terbuka tapi buat apa nak gembar-gemburkan pula. Memang tak ingin saya pergi!Kak Nona anggap Kak KM sudah tidak hormat padanya."Sudahlah kurang ajar dengan saya, dah tiada kak panggil Nona-Nona saja sekarang," luahnya.Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengakui hubungan bersama Kak Nona kembali renggang dan memilih untuk tidak menjemput wanita itu ke rumah terbukanya.Katanya, keputusan itu dibuat susulan isu melibatkan anak saudaranya yang sehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!