suria

Wawa Zainal bukan artis berperangai diva, ada sebab pergi mall pun pakai cermin mata hitam

Wawa mengaku bukan artis yang sombong.

KECOH di Thread apabila rata-rata netizen mula memetik nama beberapa selebriti yang didakwa bersikap sombong dan tidak mesra ketika bertemu peminat.

Meskipun namanya tidak disebut oleh mana-mana netizen, namun pelakon Wawa Zainal tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan dirinya 'dicop' sebagai selebriti sombong.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, mengakui ada masa penampilannya ketika berada di tempat awam boleh menimbulkan salah faham.

Wawa tidak mahu dicop sebagai sombong.

Mengambil contoh mengenakan cermin mata hitam bukanlah bermaksud dia bersikap diva, sebaliknya atas sebab-sebab tertentu memaksanya tampil dengan gaya berkenaan.

"Korang kalau nampak Wawa pakai cermin mata hitam besar itu tandanya saya tak makeup tau. Bukan sebab diva atau sombong," katanya menerusi hantaran Thread.

Katanya, dia akan mengenakan cermin mata hitam tidak kira tempat termasuklah ketika berada di dalam pusat beli belah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal tiada impian besar, hanya mahu tambah nilai zakat…“Bukan nak riak, tapi semua sudah dapat"

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal pelik masih ramai terpedaya sindiket penipuan di media sosial... “Kalau betul nak beri hadiah, saya bagi terus”

Tambah Wawa lagi, suaminya turut pernah berseloroh mengenai penampilannya itu yang dilihat seperti seorang selebriti sebenar.

"Kadang-kadang waktu malam pun saya ke pusat beli-belah dan tetap pakai cermin mata hitam.

"Suami saya cakap, ‘macam artis sungguh kau ni'," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi platform sama, pelakon Janna Nick tampil menjelaskan salah faham ramai mengenai sikapnya selepas namanya dipetik sebagai selebriti sombong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain