TAK kiralah persembahan di Malaysia atau pun di China, penyanyi Shila Amzah akan tetap memberikan komitmen sebaiknya bagi memuaskan hati semua peminatnya.Meskipun dia kini dilihat lebih aktif menjayakan persembahan di China, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata itu bukanlah bermaksud dia lebih mengutamakan peminat di sana. "Bagi saya, apa yang disukai orang adalah satu perkara di luar bidang kuasa saya. Jadi, walau di mana sahaja saya berada, tidak kisahlah di Malaysia mahupun China, usaha dan minat terhadap bidang yang saya ceburi ini tetap sama sebenarnya. "Tiada kaitan tentang saya mungkin lebih buat persembahan di sana (China) berbanding di Malaysia. Bagi saya, apabila saya beraksi di atas pentas, saya sebenarnya sedang meresap tenaga penonton dan memberi lebih banyak dorongan kepada saya untuk membuat lebih baik.Shila perlu membahagikan masa di antara kerjaya nyanyian di Malaysia dan China."Mungkin lokasi persembahan sahaja berbeza, saya tak ambil hati pun. Saya rasa baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar. Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media SFMM40 yang diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Shila mengakui tidak menyangka masih mampu mengekalkan populariti selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam industri seni.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat China pakai tudung datang konsert Shila Amzah, Ubai terfikir nak mula bisnes hijabARTIKEL BERKAITAN: Hampir putus asa, Shila Amzah kumpul duit sendiri buat konsert untuk peminat "Sejujurnya saya pun tak menjangkakan. Sebelum berlakunya siri jelajah ini memang saya sudah kembali aktif iaitu dengan mengadakan persembahan dan sebagainya."Alhamdulillah saya sangat bertuah kerana sejak beberapa tahun ini selalunya untuk kekal relevan tu adalah perkara yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan," ujarnya. Mengulas lanjut, Shila turut berkongsi perubahan demografi peminatnya di China yang kini dilihat lebih muda berbanding sedekad lalu."Peminat saya dekat China sekarang ni dari segi demografinya sudah berubah. Kalau 10 tahun atau 12 tahun dulu, mungkin umurnya berbeza, tapi sekarang mereka semua umur 20, 18 ke 25 tahun.Shila kini berulang alik ke China untuk membuat persembahan pentas."Mereka sangat memahami, kalau berjumpa tu kadang-kadang peminat perempuan akan terus nak peluk, tapi kalau yang lelaki dia tahu batas dia," katanya. Untuk info, Shila pernah menjuarai program Asian Wave di Shanghai, China pada 2012.Shila kemudiannya terus mengukuhkan nama di China selepas menyertai pertandingan I Am A Singer pada 2014.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!