suria
mStar - Urban.Versatil

Wawa Zainal pelik masih ramai terpedaya sindiket penipuan di media sosial... “Kalau betul nak beri hadiah, saya bagi terus”

Wawa hairan mengapa masih ramai mudah jadi mangsa penipuan di media sosial.

PELAKON dan usahawan, Wawa Zainal, 35, pelik apabila terdapat individu yang mudah tertipu dengan sindiket penipuan hadiah lumayan di media sosial.

“Ya Allah, kenapa masih ramai yang percaya dengan perkara macam ni?

“Buat teka-teki kononnya boleh dapat hadiah sampai RM30,000, tapi akhirnya ada yang hilang RM500 sebab diminta buat bayaran deposit untuk ‘claim’ hadiah,” katanya.

Wawa akui sedih lihat individu yang mudah tertipu dengan sindiket penipuan di media sosial.

Wawa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory miliknya pada Jumaat.

Menurut Wawa, dia mengakui sedih melihat perkara tersebut terus berlaku, lebih-lebih lagi apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memperdayakan orang ramai dengan menggunakan namanya. 

Jelasnya, sekiranya dia benar-benar mahu memberikan hadiah kepada peminat, semuanya akan dilakukan secara telus tanpa sebarang bayaran atau istilah deposit.

“Sedih sangat dengar cerita macam ni. Kalau betul Wawa nak beri hadiah, memang Wawa akan bagi terus.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal tersentuh kisah hidup Fathia Latiff… Jadi ‘turning point’ bantu lebih ramai artis

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal rindu berlakon tapi belum ada tawaran... Mungkin penerbit serik sebab banyak kali tolak ‘job’

“Tiada istilah minta duit sebagai deposit daripada korang,” ujarnya.

Sementara itu, Wawa turut menitipkan pesanan agar orang ramai sentiasa berwaspada terutama golongan dewasa yang sudah berusia. 

“Tolong sampaikan dan ingatkan orang sekeliling ya. Kesian kadang-kadang mak ayah kita yang mudah percaya dengan helah macam ini,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami