suria

Wawa Zainal rindu berlakon tapi belum ada tawaran... Mungkin penerbit serik sebab banyak kali tolak ‘job’

GARA-GARA pernah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan sehingga kini masih belum menerima tawaran baharu.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, keputusan tersebut membuatkan segelintir penerbit beranggapan dia sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, dia kini lebih terbuka untuk menerima tawaran berlakon semula dan bersedia kembali aktif seperti dahulu sekiranya diberikan peluang.

“Saya rindu juga untuk aktif berlakon macam dulu tapi disebabkan sebelum ini banyak sangat saya menolak tawaran yang dapat.

“Jadi orang tak berani nak offer saya berlakon mungkin sebab sekarang ini masih belum ada lagi mana-mana pihak pengarah atau penerbit yang mahu saya berlakon lagi.

“Kalau ada mungkin saya akan pertimbangkan sebab minat tu masih ada, kalau ada peluang mungkin untuk tahun ini saya akan berlakon kembali,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi