suria

Terkejut terima banyak mesej lucah, Rezza Shah risau jadi mangsa ‘scam’ dan ugutan

PENYANYI Rezza Shah mendedahkan sering menerima mesej berbaur lucah dan nakal menerusi aplikasi TikTok dan Instagram.

Rezza, 24, situasi itu membuatkan dia berasa kurang selesa malah bimbang sekiranya terjerat dengan sindiket penipuan siber yang semakin berleluasa ketika ini.

“Memang ada yang mesej saya, ada juga yang hantar video pelik dan saya pernah terbuka video itu dan terkejut bila tonton tu sebab 18SX.

“Ada cakap tidak tahan dengan saya ajak untuk adakan hubungan intim, kalau yang tak pandai tahan nafsu tu memang bahaya.

“Saya memang ada rasa was-was kerana perkara macam banyak terjadi dekat kawan selebriti lain, ada yang kena tipu dan terjerat jadi saya ambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi