suria

Tak cukup realistik, Syafiq Yusof belum sedia guna AI dalam filem

PENGARAH Syafiq Yusof berpendapat teknologi kecerdasan buatan (AI) masih belum layak digunakan untuk menghasilkan filem berkualiti.

Jelas Syafiq, 34, ini kerana teknologi tersebut dianggap masih belum mampu menghasilkan produk yang menepati standard profesional.

“Saya tidak tentang AI. Saya rasa AI belum berkemampuan untuk buat filem lagi sebab masih boleh nampak lagi ia tidak realistik.

“Tapi kalau bantu sikit-sikit sahaja, saya rasa tiada masalah. Tapi untuk saya, buat masa sekarang memang tidak akan guna AI untuk eksperimentasi filem saya sendiri. Saya rasa tidak puas,” katanya kepada mStar.

Syafiq memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pelancaran filem Black Ops baru-baru ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi