suria

Nampak glamor tapi pereka fesyen terpaksa meminjam untuk bertahan, kurang sokongan kerajaan

DUNIA fesyen nampak glamor, tapi sebenarnya ramai pereka tempatan sedang berjuang untuk mengekalkan jenama mereka.

Ini diakui oleh pereka fesyen Fiziwoo yang memberitahu mereka terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk kekal bertahan kerana industri ini tidak mendapat sokongan badan kerajaan.

“Masalah di Malaysia sekarang mengenai industri kreatif terutama sekali fesyen adalah kami sekarang ini dianggap tidak berkepentingan. Kami semua tidak mendapat banyak sokongan daripada kerajaan.

“Pereka atau jenama fesyen di negara kita ini banyaknya gerak sendiri. Sebab itu mereka ambil inisiatif sendiri dengan membuat pinjaman sendiri.

“Ini kerana dihujungnya, kita mahu bisnes masing-masing bertahan. Memang orang nampak megah diluaran dan sebagainya, tapi sebenarnya semua berjuang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi