suria

Drama Band siap sedia keluar ‘gua’, buat lagu baharu tegur isu semasa... “Kami sedang memerhati”

KUMPULAN Drama Band akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya terbaharu tanpa menyentuh isu melibatkan krisis rumah tangga.

Menurut vokalisnya iaitu Aepul Roza, kumpulan itu sepakat untuk tidak menjadikan isu rumah tangga sebagai bahan sindiran kerana bimbang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Mereka bagaimanapun memberitahu tidak akan berhenti berkarya dan tetap meneruskan penghasilan lagu berunsurkan sindiran, namun dengan lebih berhemah serta sensitif terhadap isu semasa.

“Bila masuk tahun ke 15 tahun ni jadi kami mahu bergerak ke seterusnya untuk karya lagu baru seperti biasa, cuma lepas ini akan lebih fokus kerja di studio juga.

“Sekarang ini kami juga tengah cari mana-mana artis yang mahu kami hasilkan lagu untuk mereka dan seperti biasa akan sentiasa memerhati isu-isu semasa kalau ada memerlukan teguran daripada lagu kami. 

“Isu rumah tangga ni hal peribadi sangat jadi kami tidak mahu masuk campur, biar la isu lain saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi