suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau nak cepat popular lebih baik jadi influencer”... Ezaidi Aziz jawab dakwaan masuk industri hanya untuk nama dan duit

PELAKON Ezaidi Aziz menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan industri lakonan sebagai jalan pintas untuk seseorang cepat dan mudah menjadi popular.

Sebaliknya, Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamad Ezaidi Abdul Aziz, 31, menegaskan bahawa dunia lakonan adalah bidang yang sangat mencabar, terutamanya dengan lambakan bakat baharu pada masa kini.

“Salah itu. Bagi saya kalau seseorang itu mahu jadi popular dan jalan mudah untuk buat duit, lebih baik dia jadi personaliti media sosial.

“Bagi saya, industri lakonan ini sangat susah sebab sekarang makin ramai pelakon yang hebat-hbat. Nak berlawan itu agak susah. Jadi apa saya buat, hanya pertingkatkan kualiti diri sahaja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi