suria

Selepas viral, Que Haidar belum sempat berehat... 4 bulan tak balik rumah di kampung

LEBIH gemar dengan kehidupan dan suasana luar bandar, hasrat pelakon Que Haidar untuk pulang ke kampung halaman masih belum kesampaian susulan jadual kerjanya yang padat.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, sejak tular di media sosial menerusi trend ‘Jamilah’, dia kini hampir empat bulan tidak berkesempatan pulang ke rumahnya di Kuala Pilah.

“Saya sangat rindu rumah dan katil saya. Memang sudah lama tidak balik sebab tiada cuti sudah lebih tiga bulan. Setiap hari saya ada sahaja kerja di sini (Kuala Lumpur). Sehingga sekarang belum ada rehat dan cuti.

“Saya suka duduk di kampung (Kuala Pilah). Pada awalnya pulang ke sana hanya untuk tenang-tenang sahaja. Tapi selepas itu sudah jatuh cinta. Seronok dengar bunyi burung, udara bagus dan banyak lagi. Saya pun belum terfikir untuk pindah ke Kuala Lumpur dan sekarang sedang dalam proses buat rumah di Johor,” katanya kepada mStar.

Que memaklumkan perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang, Selangor pada Rabu.

Selain Que, drama bersiri 20 episod yang bakal ditayangkan bermula 5 Januari itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Syazwan Zulkifly, Ummi Nazeera, Mia Nasir dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi