SELEPAS menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF), penyanyi Zizi Kirana mendedahkan ramai menjadikannya sebagai sumber inspirasi.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, berkata, bukan hanya itu, namun dia juga menerima pelbagai mesej yang meminta nasihatnya mengenai kehidupan.
“Ramai wanita mesej saya, ada yang umur muda malah ada yang tua daripada saya semuanya bertanya macam mana dapat kekuatan, kekal istiqamah serta untuk jadi wanita kuat berdikari serta nak sertai misi.
“Bila tanya ni saya segan untuk bercerita sebab saya bukan orang layak kerana saya pun masih lagi belajar, tapi apa yang boleh saya katakan sayangi diri anda dan cari keredhaan Allah saja.
“Ada yang seorang wanita ni mesej saya dia tiada mak ayah dan hampir putus harapan, jadi saya berikan semangat serta doakan supaya terus kuat jalani kehidupan,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































