suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demam setiap kali aktif media sosial, Wawa Zainal alami masalah kulit gatal... Terpaksa bergantung ubat

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal berdepan masalah kulit badan gatal sejak tahun 2022.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, pelbagai rawatan telah dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan namun masih belum menemukan jalan penyelesaian.

Malah, Wawa memberitahu dia terpaksa mengambil ubat-ubatan bagi menahan rasa tidak selesa dan kesakitan dialami setiap hari.

“Tidak tahu la apa benda ini sama ada penyakit ain ke sebab banyak kali juga terjadi contohnya bila saya aktif di media sosial akan selalu demam, muka berjerawat dan gatal-gatal pada badan.

“Tiga tahun menderita masalah gatal-gatal badan sehingga sekarang, untuk tahan rasa gatal tu saya akan ambil ubat setiap hari iaitu ubat gatal.

“Saya buat ujian darah kemudian keputusan okay negatif saja, pelbagai usaha lain saya lakukan tapi masalah tu tetap juga tidak hilang tetap gatal pada badan,” katanya kepada mStar.

 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi