PENYANYI Afee Utopia meminta semua pihak terutamanya penganjur acara untuk memberikan layanan setimpal kepada artis senior.
Menurut Afee atau Mohamad Safee Soefjan, 61, dia kesal melihat segelintir pihak yang dilihat seolah-olah meminggirkan artis lama termasuklah memberikan bayaran rendah.
“Sekarang ni memang ada sambutan tapi macam kurang sebab zaman sekarang ni lebih kepada lagu tular di TikTok, golongan seperti kami ni banyak buat persembahan di karnival atau expo saja.
“Kalau ada persembahan nyanyian tu selitkan kami sekali artis tahun 90-an ni sebab kami masih relevan, lagu kami pun masih lagi dimainkan di radio.
“Kadang-kadang bila artis baharu ni boleh dapat bayaran empat kali ganda berbanding penyanyi lama, ada yang kurang pun ada sebab sepatutnya biarlah setimpal dengan pencapaian kami ni,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































