DIGANGGU golongan sejenis, pelakon Que Haidar mempunyai cara tersendiri untuk mengelak daripada terjebak dengan perkara yang tidak senonoh.
Kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, dia tidak pernah mengambil serius terhadap setiap gangguan yang diterima sebaliknya menganggap sebagai gurauan sahaja.
“Saya ini dalam industri sudah lama. Ramai jenis orang yang sudah jumpa. Ada juga terima gangguan itu, tapi saya anggap semua itu hanyalah gurauan sahaja.
“Kalau ambil serius, saya akan fikir panjang benda itu. Saya anggap gurau sebab saya boleh jalani kehidupan yang seterusnya dengan tenang,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































